GUA MUSANG: Kira-kira 1,500 masyarakat Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar, di sini, memohon kemudahan capaian internet mudah alih di perkampungan mereka dinaik taraf untuk menampung keperluan penggunaan oleh penduduk.
Penduduk Pos Bihai Mulian Alok, 51, berkata meskipun penduduk mendapat manfaat daripada Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang disediakan kerajaan, kuota capaian adalah terhad dan tidak dapat digunakan oleh semua penduduk.
Katanya penduduk juga memohon agar kerajaan menyediakan pencawang telekomunikasi di kawasan penduduk masyarakat suku kaum Temiar itu memandangkan panggilan telefon hanya dapat dibuat dan diterima menerusi aplikasi WhatsApp.
"Setakat ini kami semua menggunakan Wifi JENDELA tetapi kerana terlalu ramai yang menggunakannya menyebabkan capaian menjadi perlahan dan terhad,
"Selain itu kemudahan pencawang telekomunikasi sangat penting untuk memastikan panggilan telefon dapat dibuat dengan baik bukan sahaja pada waktu kecemasan tetapi juga untuk memudahkan urusan jual beli antara kami dengan pembeli yang ingin mendapatkan hasil hutan daripada kami di sini," katanya kepada pemberita di Kampung Bihai Lama, di sini hari ini.
Bagi Aport Angkai, 31, akses internet yang terhad menyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan di waktu kecemasan misalnya ketika berdepan dengan ancaman serangan haiwan liar.
"Tambahlah data penggunaan bagi menampung keperluan kami semua dan kalau boleh kami ingin memohon pencawang telefon dan Wifi dipertingkatkan untuk digunakan waktu kecemasan orang sakit, mahupun sewaktu diancam harimau dan gajah," katanya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku, Agoramos Angen, 17, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia berkata liputan internet yang tidak mencukupi menyukarkannya berhubung dengan keluarga sepanjang berada di asrama sekolah yang terletak di Chiku 3.
"Internet di kampung sangat perlahan dan tidak dapat menampung kegunaan untuk semua orang," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim mengambil maklum aduan penduduk berkenaan masalah jaringan telekomunikasi terhad yang dihadapi masyarakat di penempatan terbabit.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi penyelesaian terhadap isu tersebut.
"Saya berharap segala masalah dan isu yang ditimbulkan ini dapat diambil tindakan sesegera yang mungkin, kita tidak mahu perkara ini berlarutan memandangkan liputan jaringan komunikasi menjadi perkara yang utama dalam kalangan masyarakat di kawasan pedalaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

Meskipun penduduk mendapat manfaat daripada JENDELA yang disediakan kerajaan, kuota capaian adalah terhad dan tidak dapat digunakan oleh semua penduduk. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MCMC tangani isu capaian internet Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar
Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.

Orang Asli Pos Bihai, Pos Balar rayu capaian internet dinaik taraf
Meskipun penduduk mendapat manfaat daripada JENDELA yang disediakan kerajaan, kuota capaian adalah terhad dan tidak dapat digunakan oleh semua penduduk.

Harimau belang: Perhilitan kawal perkampungan Orang Asli Pos Bihai
Perhilitan telah memasang tiga perangkap harimau belang (perangkap wahab) iaitu dua buah di Kampung Tendrik dan satu di Kampung Hak.

Misi tangkap dua harimau belang di Pos Bihai, penduduk kampung diminta berpindah sementara
Pihak Perhilitan telah menjalankan siasatan dan memasang perangkap kamera di lokasi kejadian pada 11 Disember lepas.