KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 241 notis termasuk saman dan sitaan atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi penguatkuasaan Ops Lejang melibatkan motosikal di Pengkalan Chepa, petang semalam.
Pengarah JPJ negeri Mohd Misuari Abdullah berkata daripada jumlah itu, 144 saman dikeluarkan dalam penguatkuasaan selama dua jam itu.
"Kesalahan terbanyak ialah tiada lesen memandu kompeten (CDL) dengan 41 saman, diikuti 22 saman kerana tidak berhenti apabila ditahan, tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan tiada insurans masing-masing 16 saman serta tujuh saman kerana memandu bawah umur.
"Terdapat sejumlah 42 saman lagi atas kesalahan teknikal iaitu melibatkan tujuh kes berkaitan brek; masing- masing tiga kes berkaitan meter kelajuan, lampu berhenti dan tayar; nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (12); cermin sisi (10) dan ekzos (7)," katanya.
Beliau berkata operasi dilakukan selepas pihaknya bertindak atas hasil risikan dan aduan berkaitan aktiviti perlumbaan haram dan menguji kelajuan.
"Risikan turut mengesan beberapa aksi bahaya seperti 'wheelie', meniarap, memasukkan gear dengan tangan, tidak memakai topi keledar dan lain-lain aksi berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
"Menerusi aduan beberapa pihak termasuk orang awam dan pengguna Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), risikan turut mendapati aktiviti itu disertai oleh kebanyakan remaja belasan tahun dan awal 20-an," katanya.
Beliau berkata operasi juga dilakukan susulan kemalangan berlaku di Lebuhraya Jalan Jerus-Kok Lanas, Lingkaran Tengah Utama (CSR) dua hari lepas melibatkan tiga motosikal yang mengakibatkan satu kematian manakala dua cedera parah.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan dibuat di bawah Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 81 APJ 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Mohd Misuari berkata daripada jumlah itu, 144 saman dikeluarkan dalam penguatkuasaan selama dua jam itu. - Gambar fail/Bernama
Malaysia perlu ada anjakan strategi sektor pelancongan - PM
Malaysia memerlukan anjakan kepada sasaran, strategi dan inisiatif bagi sektor pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SKM anjur Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Koperasi Negara 2024
Majlis tersebut akan dirasmikan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Kerajaan disaran beri kuota khas untuk pelajar India di matrikulasi - Sivaraj
Kerajaan disarankan supaya memperuntukkan satu kuota khas sebanyak 2,500 tempat kepada pelajar India bagi mengikuti program matrikulasi.
Kerajaan beri keutamaan rancakkan semula pertumbuhan ekonomi - PM Anwar
Kerajaan sedang memberi keutamaan untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara bagi mengembangkan saiz dan mengembalikannya ke landasan yang sebenar.
Malaysia sedia bekerjasama dengan Indonesia, tugaskan pasukan pengaman ke Palestin - PM
Anwar berkata beliau menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia dan kolaborasi yang boleh diperluas di peringkat rantau ASEAN.
RWMF 2024 tak gagal, berhibur dalam hutan hijau
Edisi RWMF kali ini, menampilkan 68 pemuzik antarabangsa dari 15 negara serta 63 artis tempatan.
10 Berita Pilihan - (01 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: NG999 diperkenalkan, ganti MERS999
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen tahan 142 pendatang asing di Kuala Pilah
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 142 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 34 premis sekitar Kuala Pilah pada 28 Jun hingga semalam.
Lebih RM10 bilion diluluskan untuk permohonan SJKP sejak 2008
Sebanyak 50,884 permohonan pinjaman Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM10.894 bilion telah diluluskan sejak 2008 hingga 30 April lepas.
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024
Daripada kemalangan itu, sebanyak 287 kes maut dicatatkan dengan 95 mangsa cedera parah dan 270 mangsa cedera ringan.
Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 241 notis termasuk saman dan sitaan atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi penguatkuasaan Ops Lejang.
Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta
Saman difailkan pada 2018 oleh plaintif terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah ENT serta pakar bius (defendan).
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu
Sebanyak 276 kenderaan disita termasuk 13 motosikal roda tiga dalam operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.