IPOH: Misi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Lubuk Gelap, Simpang 4, Tanjung Malim yang masuk hari ketiga hari ini masih menemui jalan buntu dan terpaksa dihentikan pukul 6.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok.
"Kawasan pencarian diluaskan sepanjang lima kilometer dan kaedah river downstream,surface searching, tensionel diagener, stream searching serta selaman telah dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat termasuk bantuan dari unit K9 yang mana telah melakukan pencarian di lubuk-lubuk sepanjang ke jambatan besi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya operasi pencarian juga melibatkan dua rafting boat dan wheely bagi mengesan mangsa yang berasal dari Sarawak itu.
Terdahulu, Sabarozi berkata mangsa Edward Grang Jenggut ke lokasi tersebut untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lepas dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.
Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok. - JBPM Perak
Aset Rizab Rasmi Malaysia AS$116.22 Bilion Pada Akhir 2024
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$116.22 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$4.50 juta pada akhir Disember 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata bahawa untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan terlebih dahulu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, antara lain, pinjaman luar kerajaan berjadual dan tempoh matang Bil Antara Bank Bank Negara dalam mata wang asing, berjumlah AS$10.60 bilion.
Bank pusat itu berkata bahawa untuk 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah ditetapkan terlebih dahulu bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, antara lain, pinjaman luar kerajaan berjadual dan tempoh matang Bil Antara Bank Bank Negara dalam mata wang asing, berjumlah AS$10.60 bilion.
Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan, Dwi Nardi berkata ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
JPN Sabah aktifkan Ops Payung bantu pelajar duduki SPM
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengaktifkan Ops Payung bagi memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya di kawasan dilanda banjir dapat menduduki peperiksaan itu dengan selamat.
Wanita maut pulang kerja, kereta bertembung trak tentera
Seorang wanita maut, manakala pemandu trak tentera patah tangan kanan selepas kenderaan dipandu bertembung di hadapan kem 96 depot pangkalan peluru, Masjid Tanah, Melaka.
PM tidak layan isu-isu remeh gugat perpaduan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak akan melayan isu-isu remeh yang boleh jejaskan perpaduan rakyat
Kes tembak Tanjung Rhu: Anwar beri jaminan siasatan telus
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar laporan siasatan awal disampaikan kepada Indonesia melalui kedutaan.
Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
AWANI Ringkas: Lelaki dipenjara lima bulan ugut bekas isteri Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mohd Nizam pecah tradisi, dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera ke-23
Pelantikan Mohd Nizam adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib.
Reagan National Airport kekal ditutup susulan operasi mencari mangsa nahas udara
Penutupan itu hanya melibatkan Reagan National Airport, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di ibu negara Amerika Syarikat itu beroperasi seperti biasa.
Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR masuk saluran kumbahan cari mangsa
Dua unit penyelam dikerah memasuki jajaran terowong kumbahan kerana dipercayai mangsa berkemungkinan dibawa arus ke saluran tersebut.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba
Misi SAR yang disertai 24 anggota bomba dan dua anjing pengesan itu akan disambung pagi esok.
Tragedi Everest: Misi SAR Hawari berbaki 4 hari, dron masih belum dapat pelepasan keluar
Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim kini berbaki empat hari sahaja lagi.
Nasib pendaki di Gunung Leuser belum diketahui kerana terputus hubungan
Nasib kesemua 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di Gunung Leuser di Aceh termasuk seorang yang diserang hipotermia masih belum diketahui sehingga sekarang.
Rumusan mesyuarat tiga pihak dibawa ke peringkat menteri
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata mesyuarat peringkat menteri itu dijangka diadakan di Malaysia berkemungkinan bulan depan.
Pasukan SAR diminta waspada ancaman buaya - Polis
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perairan Lingga hingga Pulau Seduku, Batang Lupar terkenal dengan buaya.
ATM kerah tiga cabang perkhidmatan sertai misi mencari helikopter
Panglima Tentera Darat berkata aset dikerahkan termasuk pesawat udara 'Beechcraft' bagi tujuan tinjauan, juruselam serta komando dalam operasi itu.