Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata setakat ini operasi tidak menemukan sebarang kesan.
"Setakat ini tidak ada apa yang dapat dilaporkan dan tidak ada apa yang dijumpai pasukan yang berada di perairan Laut China Selatan atau di tempat yang dilaporkan hilang berdasarkan radar itu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sepanjang malam tadi, operasi mengesan pesawat itu dilakukan menggunakan kapal laut.
Sementara itu ditanya mengenai laporan media asing berhubung penemuan tumpahan minyak, beliau berkata: "Perkara itu belum disahkan. Berita itu dilapor oleh media tetapi belum disahkan".
Katanya siasatan dilakukan dari semua sudut termasuk kemungkinan serangan pengganas dan juga laporan berhubung penggunaan pasport curi oleh dua penumpang.
"...kami sudah mendapatkan semua maklumat daripada MAS untuk tujuan siasatan," katanya.
Azharuddin juga berkata data daripada pesawat tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika penerbangan.
Ditanya mengenai laporan media bahawa anggota keluarga penumpang dan anak kapal akan diterbangkan ke lokasi yang dirahsiakan pagi ini, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada MAS.
Penerbangan MH370 menggunakan Boeing 777-200 itu disahkan DCA sebagai hilang daripada radar pada 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Terdahulu MAS dilapor berkata pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berkenaan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi semalam.
Bernama
Sun Mar 09 2014


Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.

'Penjejak masa sebenar dunia adalah apa yang diperlukan sekarang' - Ketua Pengarah DCA
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkongsi pengalaman dan pendapat semasa berdepan dengan dan mengendalikan tragedi MH370.

Hari ketiga: Kawasan mencari MH370 diperluas, termasuk daratan
Setelah tiga hari operasi mencari dan menyelamat diaktifkan tiada sebarang petunjuk untuk menjumpai MH370 yang hilang pada awal pagi Sabtu.

Operasi mencari dan menyelamat MH370 diperhebat pagi ini - DCA
Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti sejak semalam diperhebat pagi ini dengan tambahan tiga pesawat.