KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Malaysia menentang Thailand pada Sabtu ini.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, ia sebagai alternatif buat penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemudahan 13,892 ruang parkir tersedia.
Menurut kenyataan itu, kesemua stesen integrasi boleh diakses penumpang dari Stesen Bukit Jalil yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan tren laluan berbeza ke destinasi yang ingin dituju.
"Bagi kelancaran pergerakan penumpang yang menaiki tren ke stadium, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan.
"Penumpang dinasihatkan menggunakan Touch ‘n Go serta memastikan baki kad mencukupi sebelum tiba di stesen bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik," menurut kenyataan itu pada Jumaat.
Kata kenyataan itu, Rapid Rail akan menempatkan kakitangan tambahan bagi melancarkan pergerakan penumpang keluar masuk di stesen serta kemudahan surau juga disediakan bagi penyokong muslim menunaikan solat.
"Sebagai langkah keselamatan, penumpang diwajibkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di kawasan stesen dan di dalam tren bagi mengekang penularan COVID-19.
"Bagi memudahkan perjalanan, pengguna boleh merujuk media sosial serta aplikasi PULSE Rapid KL bagi mendapatkan informasi terkini mengenai status perkhidmatan," ujar kenyataan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 06 2023

Perkhidmatan stesen LRT Bukit Jalil beroperasi hingga jam 12.30 malam sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Malaysia menentang Thailand pada Sabtu ini. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Operasi LRT dilanjut sempena separuh akhir Piala AFF Malaysia-Thailand
Ia sebagai alternatif buat penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemudahan 13,892 ruang parkir tersedia.

Waktu perkhidmatan Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi pada 1 Okt
Stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.