PUTRAJAYA:Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata semua perkhidmatan pembekalan elektrik yang lain seperti penyambungan bekalan baharu, pembaikan kerosakan dan perkhidmatan pelanggan TNB CareLine di talian 15454 serta Facebook TNB CareLine, juga berjalan seperti biasa.
"Sepanjang tempoh PKP ini juga, tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan oleh TNB demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan pengguna," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsul Anuar berkata, bagi urusan transaksi atau pembayaran, pihak pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian, yang boleh dicapai menerusi laman sesawang TNB dan aplikasi myTNB.
Pengguna dinasihatkan untuk mengamalkan penggunaan elektrik berhemah dan cekap, sepanjang tempoh PKP kerana dijangkakan penggunaan elektrik isi rumah akan meningkat lebih tinggi daripada kebiasaan, seperti yang dialami semasa tempoh pelaksanaan PKP terdahulu.
"Ini berikutan ramai pihak pengguna mematuhi arahan duduk di rumah, bekerja dari rumah dan anak-anak pula menghadiri sesi pembelajaran secara dalam talian", katanya.
Shamsul Anuar berkata antara tindakan yang boleh diamalkan di rumah dengan mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya dan tidak membiarkan penghawa dingin, kipas dan lampu, terpasang dalam bilik yang kosong.
Beliau juga menyarankan pengguna memanfaatkan Program SAVE 2.0, untuk mendapatkan e-rebat RM200 bagi membeli penyaman udara dan peti ais cekap tenaga, sebagai langkah untuk menjimatkan bil elektrik di rumah masing-masing.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, mengumumkan pelaksanaan semula PKP selama 14 hari di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, bermula hari ini sehingga 26 Jan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh TNB diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dan darurat. - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Operasi Kedai Tenaga, bacaan meter seperti biasa
Operasi Kedai Tenaga dan bacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) diteruskan seperti biasa, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat.