Operasi mencari dan menyelamat pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Kuala Berang, Hulu Terengganu masuk hari ketiga dengan pertambahan kekuatan pasukan mencari dan menyelamat seramai 143 orang termasuk daripada pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Komisioner Rosli Mohd Amir memaklumkan kawasan pencarian juga diperluas bagi menjejaki Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun.
“Jumlah keseluruhan 143 orang, dengan bantuan dua ekor anjing, Setakat ini, pencarian sepanjang sungai dilakukan unit tentera, manakala yang lainnya membuat pencarian mengikut trek sedia ada,
“Keseluruhan tumpuan pencarian adalah di sepanjang sungai dan trek. Kita perluaskan skop pencarian sehingga 2 km sekeliling tempat yang disyaki mangsa berada,” Rosli berkata.
Tambahnya, operasi diteruskan sehingga jam 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal dikesan, operasi akan bersambung pada Selasa.
Bapa pelajar tersebut, Azman Othman, yang sepatutnya menjemput Ahmad Rafikin pada jam 3 petang Sabtu, membuat laporan polis selepas anaknya tidak muncul apabila tamat acara maraton Gunung Gajah Terom.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu ditutup sementara kepada orang ramai semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.
Rosli berkata kawasan Sekayu ditutup kepada awam petang tadi kerana kehadiran orang ramai yang 'cuba membantu' sebenarnya mengganggu kawasan pencarian itu.
"Kita terpaksa menutup seketika kawasan ini bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku terhadap keselamatan pengunjung yang cuba membantu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Selain itu, cuaca gelap dan hujan lebat membahayakan keselamatan pengunjung yang bermandi manda ataupun berkelah di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.
Pusat peranginan itu akan dibuka seperti biasa selepas Ahmad Rafikin ditemui pihak penyelamat.
Dalam pada itu, Rosli berkata operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu masih menemui jalan buntu.
"Sehingga petang tadi, tiada petunjuk ditemui walaupun kawasan pencarian diperluaskan dan penambahan 143 anggota penyelamat dari pelbagai agensi," katanya.
Beliau meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian itu kerana ia mengelirukan orang ramai dan mengganggu emosi anggota keluarga mangsa.
Astro Awani
Mon Nov 03 2014
![Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Operasi diteruskan sehingga jam 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal dikesan, operasi akan bersambung pada Selasa.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Punca kematian pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu akibat lemas - Polis Punca kematian pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu akibat lemas - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415110695_295x200.jpg)
Punca kematian pelajar hilang di Hutan Lipur Sekayu akibat lemas - Polis
Hasil laporan bedah siasat ke atas pelajar yang ditemui maut selepas empat hari hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dikatakan berpunca akibat lemas.
![Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415110695_295x200.jpg)
Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan
Jenazah pelajar Tingkatan Empat, Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun selamat dikebumikan kira kira jam 1.30 pagi tadi.
![Pelajar hilang ketika maraton ditemui mati Pelajar hilang ketika maraton ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Pelajar hilang ketika maraton ditemui mati
Ahmad Rafikin Azman, 16 ditemui anggota penyelamat sekitar 3.30 petang di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.
![Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Operasi cari pelajar hilang ketika maraton diperhebat
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Komisioner Rosli Mohd Amir memaklumkan kawasan pencarian juga diperluas bagi menjejaki Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun.
![Pelajar Tingkatan Empat hilang selepas menyertai acara maraton Pelajar Tingkatan Empat hilang selepas menyertai acara maraton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Pelajar Tingkatan Empat hilang selepas menyertai acara maraton
Seorang pelajar Tingkatan Empat dilaporkan hilang selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang di sini petang semalam, kata polis.