KECERDASAN am buatan (AGI) ialah evolusi seterusnya untuk kecerdasan buatan (AI) dengan ia bakal mempunyai kemampuan yang lebih tinggi berbanding manusia.

Usaha ke arah AGI telahpun dimulakan oleh DeepMind dan OpenAI. Minggu ini OpenAI menyenaraikan lima tahap AI yang perlu dicapai sebelum ia mencapai tahap AGI.

Tahap 1 ialah chatbot seperti ChatGPT. Tahap 2 pula ialah sistem yang boleh menyelesaikan masalah asas pada tahap setanding pemegang PhD.

Tahap 3 ialah ajen AI yang mampu melakukan tugasan bagi pihak pengguna. Tahap 4 ialah AI yang mampu mencipta inovasi baharu yang belum wujud.

Tahap 5 yang merupakan tahap tertinggi ialah AI yang mampu melakukan keseluruhan tugasan sebuah organisasi manusia.

OpenAI berkata mereka ini semakin menghampiri Tahap 2. Bilakah Tahap 5 akan dicapai masih lagi tidak diketahui.

Sam Altman, CEO OpenAI tahun lalu meramalkan AGI mungkin boleh dicapai dalam masa lima tahun lagi.

Definisikan tahap AI yang ditakrifkan oleh OpenAI adalah hampir sama dengan yang dicadangkan oleh DeepMind tahun lalu.

Lima pengelasan tahap AGI yang dicadangkan DeepMind ialah emerging (berkembang), competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia).

DeepMind juga bersetuju ia kini masih lagi di Tahap 1 menerusi penggunaan chatbot. -Amanz