IPOH: Sebanyak 156 kes berhubung isu barang kawalan bersubsidi melibatkan nilai rampasan RM4.41 juta diambil tindakan hasil 5,371 pemeriksaan di seluruh negara menerusi Op Tiris bermula 1 Mac hingga semalam.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Mohd Yusof berkata kes terbaru melibatkan serbuan ke atas sebuah stor haram yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran di Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada Jumaat lepas.
Katanya serbuan yang dilakukan bersama pihak polis itu, membabitkan rampasan bernilai RM3.60 juta.
"Satu lagi kes adalah rampasan minyak diesel oleh pihak KPDN di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada Sabtu lepas dengan nilai rampasan RM51,000.
"KPDN memandang serius isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu sempadan negara kerana ia memberi impak negatif dan kerugian yang besar kepada negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata isu penyelewengan barang kawalan bersubsidi di sempadan antarabangsa Malaysia dengan Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura merupakan antara perkara utama yang menjadi perhatian pihak kementerian.
Menurutnya KPDN juga sentiasa mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan di seluruh negara dengan menjalinkan kerjasama erat bersama agensi penguatkuasaan berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen (JIM).
"Antara bentuk kerjasama tersebut adalah dari segi perkongsian maklumat serta kepakaran dalam memastikan isu berkaitan ketirisan barang kawalan dan bersubsidi dapat dibanteras bersama," katanya.
Semalam, Azman mengadakan lawatan kerja ke Kompleks ICQS Bukit Berapit bagi melihat sendiri situasi semasa di pintu sempadan negara khususnya di sempadan Pengkalan Hulu.
Lawatan kerja itu juga bertujuan mengeratkan kerjasama KPDN bersama agensi penguatkuasaan di ICQS berkenaan seperti pihak JIM dan Pasukan Gerakan Am, PDRM Perak terutama dari aspek kawalan serta tindakan penguatkuasaan berkaitan barang kawalan dan bersubsidi khususnya melibatkan minyak diesel.
Selain itu, lawatan berkenaan juga bagi mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk perluasan program stesen minyak tanpa subsidi di kawasan berhampiran sempadan Pengkalan Hulu-Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023

KPDN memandang serius isu ketirisan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu sempadan negara kerana ia memberi impak negatif dan kerugian yang besar kepada negara. - Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.

KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.

Op Tiris: 156 kes barang kawalan bersubsidi bernilai RM4.41 juta diambil tindakan
Kes terbaru melibatkan serbuan ke atas stor haram yang disyaki melakukan pemindahan minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran di Bukit Kayu Hitam.