Sebanyak 171 kematian dan 155 nahas jalan raya yang mengakibatkan kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, sehingga Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.
Katanya Selangor mendahului statistik bilangan kematian dengan 29, diikuti Johor (22), Sarawak (18), Pahang (17), serta Kedah dan Kelantan masing-masing 15.
Secara keseluruhan, Azisman berkata 16,942 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 25,171 kenderaan sepanjang Op Selamat berkenaan.
"Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,702 kes, diikuti Johor (2,676), Kuala Lumpur (1,834) dan Perak (1,430)," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.
Sepanjang tempoh itu juga, menurutnya sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.
Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Jan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020

Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Polis syor hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas
Antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.

Tindakan tegas terhadap individu cuba rentas negeri pada Aidiladha ini - Bukit Aman
Polis akan mengambil tegas terhadap mana-mana individu yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa ini.

PDRM tawar diskaun kompaun saman trafik sehingga 50 peratus mulai Jumaat
Tawaran pengurangan kompaun saman trafik tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

Diskaun 50 peratus saman dilanjut hingga Khamis ini
PDRM melanjutkan empat hari lagi tawaran diskaun 50 peratus menerusi aplikasi MyBayar Saman.

Op Ekzos: PDRM keluar 71,127 saman hingga Mac tahun ini
Sepanjang tempoh itu sebanyak 157,992 kenderaan diperiksa membabitkan 76,315 motosikal, 52,059 kereta dan 29,618 lain-lain kenderaan.

Polis tingkatkan pemantauan kegiatan lumba haram, konvoi motosikal
Azisman berkata Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) JSPT akan membuat pemantauan terhadap aktiviti itu, termasuk membendung kegiatan samseng jalanan.

Op Selamat: 171 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.

Pemandu mabuk perlu dikenakan hukuman yang lebih berat - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Kementerian Pengangkutan serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam masa terdekat.

PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

Isu diskaun saman: Menteri Pengangkutan bincang dengan PDRM
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata perbincangan itu akan diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina.