Operasi Antirabies yang seterusnya akan dilaksanakan di Daerah Serian dan Simunjan pada 20 hingga 25 Jun ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata operasi yang akan dijalankan di Serian bakal meliputi 257 kampung dengan 18,837 isi rumah.
"Dianggarkan terdapat 7,817 anjing di kawasan tersebut, 3,900 anjing yang bertuan dan 552 adalah anjing liar. Setakat ini, hanya 25 ekor anjing yang telah divaksinkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Uggah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata manakala di Simunjan, operasi rabies akan meliputi 144 kampung termasuk 12 ladang kelapa sawit.
"Daerah ini mempunyai kira-kira 104 anjing liar manakala 257 anjing masih belum divaksinasikan. Berbanding tahun lepas sejumlah 9,457 anjing telah divaksinasikan termasuklah di kawasan Tebedu," katanya.
Dalam operasi yang dijalankan di Lundu, Bau, Padawan, Samarahan dan Kuching sebelum ini, JPBN berjaya membasmi sejumlah 5,867 anjing dan 38 kucing.
Kata Uggah, beliau berharap operasi yang akan datang berjalan dengan lebih mantap dan berkesan serta mencapai matlamat.
Terbaru, kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia telah mencatatkan 17 kes kematian dan 18 jangkitan sejak ia diisytiharkan sebagai Bencana Tahap Dua pada 15 Mei 2017.
Walaupun nasihat mengenai rawatan selepas digigit anjing kerap disiarkan di akhbar, media sosial, risalah dan poster, namun masih ramai yang tidak mengendahkannya.
Uggah Embas berkata isu berkaitan rabies dan operasi membanterasnya harus dipandang serius dari semasa ke semasa.
Bernama
Wed Jun 12 2019
Amar Douglas berkata operasi yang akan dijalankan di Serian bakal meliputi 257 kampung dengan 18,837 isi rumah. -Foto Bernama
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
18 kontrak projek bernilai RM563 juta di Sarawak ditamatkan
Projek terlibat adalah antara 95 projek bernilai RM10.357 bilion yang disenaraikan sebagai projek lewat kritikal sehingga Jun tahun ini.
Perwakilan sebulat suara setuju Abang Jo kekal Presiden PBB
Kesemua cawangan PBB sebulat suara mencapai keputusan memberikan jawatan nombor satu parti tersebut kepada Abang Jo tanpa bertanding untuk Mesyuarat Agung Triennial (TGM) pada Jun depan.
COVID-19: Sarawak turut beralih ke fasa endemik bermula 1 April 2022
Sarawak telah memutuskan untuk bergerak selari dengan pendirian kerajaan pusat berhijrah ke fasa endemik yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2022.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
JPBN Sarawak persiap anggota, jentera dan strategi hadapi kemungkinan banjir
625 buah pusat pemindahan sementara (PPS) dikenal pasti yang akan ditambah mengikut keperluan dan mampu menampung kapasiti sehingga 185,000 mangsa.
PRN Sarawak: SPR perlu sediakan SOP realistik - Uggah
Kata Uggah SOP tersebut penting agar aktiviti pilihan raya termasuk berkempen dapat dilaksanakan tanpa menimbulkan gelombang penularan COVID-19
Individu lengkap vaksinasi dibenar masuk ke Sarawak tanpa kuarantin 14 hari
Bagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa ketetapan seperti permohonan permit polis dan sebagainya.
180 kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak
180 kes baharu varian Delta telah dikesan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan varian itu di negeri itu meningkat kepada 273 kes sejak kes pertama dilaporkan pada 18 Jun lalu.
Pergerakan Hari Raya, punca kenaikan kes positif COVID-19 di Kuching
Kebanyakan yang dijangkiti COVID-19 di daerah itu adalah melibatkan ahli keluarga dari kontak rapat kes positif sebelum ini.
COVID-19: 7 rumah panjang, sebuah kampung di Sarawak dikena PKPD
PKPD di Kampung Melango Lama, Saratok berkuat kuasa dari lima hingga 18 Mei 2021, manakala tujuh rumah panjang lain dari enam ke 12 Mei 2021.