GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 tangkapan menerusi Op Khas Pagar Laut 2023 yang dijalankan di kawasan perairan seluruh negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rampasan bernilai RM13 juta berjaya dirampas hasil pelaksanaan operasi berkenaan yang bermula 9 hingga 25 April lalu.
Saifuddin berkata, 12 kes berprofil tinggi itu melibatkan tiga kes tangkapan menyeludup masuk rokok, dua kes kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta masing-masing satu kes mencuri dan rompakan berkumpulan.
Selain itu, katanya, Maritim Negeri Johor juga berjaya menumpaskan kes rompakan bersenjatakan parang melibatkan empat warga tempatan di Pelantar Aurora Producer 1 di Tanjung Langsat, Johor pada 24 April lalu dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan.
"Ini buat pertama kalinya pertama kali melibatkan rakyat tempatan selalunya kes macam ini melibatkan warga asing, tapi yang sekarang ini rakyat tempatan pun terlibat dalam kes kecurian kabel dan mereka bersenjata.
"Sebab itu kita masukkan itu dalam kes Kanun Keseksaan yang merupakan rompakan bersenjata, corak jenayah macam ini melibatkan warga asing tapi untuk Op Pagar Laut kali ini yang dikesan di Tanjung Langsat itu melibatkan warga tempatan," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, operasi bermula 9 hingga 30 April itu membabitkan 800 pegawai dan anggota serta 45 aset yang diletakkan dalam keadaan siap siaga selama 24 jam termasuk melibatkan aset udara Maritim Malaysia dan pengesanan menggunakan radar meliputi kawasan di Lumut, Perak hingga Kota Kinabalu, Sabah.
Katanya kejayaan Op Pagar Laut tersebut merupakan usaha berterusan Maritim Malaysia memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia, Thailand serta Indonesia.
"Saya anggap sebagai Ops Pagar Laut ini sebagai berjaya dan Ops Pagar Laut ini juga memberikan satu penegasan tentang komitmen tinggi APMM sebagai agensi barisan hadapan yang mengawal kawasan perairan maritim negara. Kita tahu end to end kalau sempadan darat kita ni panjangnya 3,000 kilometer jarak sejauh 592,000 kilometer persegi. Jadi itu kawasan yang sangat luas untuk kita jaga," katanya lagi.
Beliau berkata, meskipun Op Khas Pagar Laut bakal tamat pada tengah malam Ahad ini Maritim Malaysia akan meneruskan tugas hakiki mereka dalam kawalan dan rondaan di perairan seluruh negara dengan beberapa operasi lain akan dijalankan sepanjang masa.
Saifuddin berkata demikian pada sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota di Kapal Maritim Burau di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang memangku tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin, Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Abd Razak Mohamed.
Dagang News
Fri Apr 28 2023
Saifuddin Nasution meninjau Op Pagar Laut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini. - Foto BERNAMA
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
#AWANIRingkas 23 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Disember 2024
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution
KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
Jabatan Imigresen perkenal pas khas digital eSP mulai Januari 2025
Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) bermula Januari 2025.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.