IPOH: Sebanyak 205 notis kerana pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Op Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di Jalan Sultan Idris Shah di sini, malam tadi.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, daripada jumlah itu, notis P22 iaitu notis arah periksa mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 142 notis.
Selain itu, katanya, sebanyak 23 notis PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan dan 40 notis Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan telah dikeluarkan.
"Berdasarkan statistik, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 32,658 notis saman sehingga Mei lalu, berbanding tahun 2021 yang mencatatakan sebanyak 46,586 iaitu pengurangan sebanyak 28.3 peratus.
“Pengurangan ini disebabkan program advokasi yang dilakukan sejak awal tahun," katanya ketika ditemui selepas operasi itu.
Operasi bersepadu itu melibatkan 87 pegawai dan anggota termasuk polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak.
Operasi dijalankan dengan menyasarkan pelbagai jenis kenderaan yang meliputi kesalahan-kesalahan peraturan jalan raya di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959.
Mohammad Yusoff berkata, tiga individu ditahan selepas didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan AADK.
Di samping itu, katanya, polis turut mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan.
"Pelaksanaan penguatkuasaan ini akan diterus dilaksanakan secara berkala untuk memantau atau menguatkuasakan lagi peraturan yang sedia ada," ujarnya.
Beliau turut mengingatkan pemegang empat jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen masing-masing berikutan tempoh moratorium berakhir 30 Jun ini.
Lesen-lesen itu ialah Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang boleh memperbaharui lesen di JPJ, Myeg atau Pejabat Pos.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Jun 16 2022
![Op JPJ Perak: 205 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Op JPJ Perak: 205 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655346607_SamanJPJ.jpg)
Op Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak yang dijalankan di Jalan Sultan Idris Shah. - Astro AWANI
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Op JPJ Perak: 205 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Op JPJ Perak: 205 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655346607_SamanJPJ.jpg)
Op JPJ Perak: 205 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan
Daripada jumlah itu, notis P22 iaitu notis arah periksa mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 142 notis.