PETALING JAYA: Sebanyak 264 saman dikeluarkan terhadap 117 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Op Hari Raya Aidiladha 2023 (OP HRAA) di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, setakat pukul 10 malam tadi.
Dalam operasi yang memberikan tumpuan terhadap penunggang motosikal itu, sebanyak 412 kenderaan diperiksa bermula 8 malam.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Datuk Khairul Khar Yahya berkata antara kesalahan yang dilakukan penunggang motosikal ialah tidak mempunyai lesen memandu (122), tiada cukai jalan atau telah tamat tempoh (95) dan kesalahan melibatkan nombor pendaftaran (27).
"Sebanyak 13 motosikal telah disita dalam operasi hari ini. Malam ini kita memberikan fokus terhadap penunggang motosikal.
"Ini adalah berdasarkan rekod kemalangan maut, pengguna motosikal bagi tempoh 2010-2022 adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pengguna kenderaan lain (melebihi 60 peratus)," katanya dalam sidang media selepas hadir ke OP HRAA di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan.
Beliau berkata pada operasi musim perayaan Aidilfitri (OP HRA 2023) lepas, JPJ Selangor mengeluarkan 5,289 notis saman dan sebanyak 2,161 notis saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal iaitu kategori pengangkutan tertinggi melakukan kesalahan.
Menurut Khairul, semalam pihaknya turut melakukan pemeriksaan dan penyamaran dengan menaiki kenderaan awam seperti bas di terminal bas utama bermula pukul 7 pagi hingga 11 malam.
"Sebanyak empat notis dikeluarkan terhadap empat pemandu bas di Muar, Johor; Teluk Intan di Perak; Seremban, Negeri Sembilan; dan Melaka atas kesalahan seperti memandu di lorong kanan secara berterusan dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya.
Beliau berkata operasi malam tadi turut disertai oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Alam Sekitar, dan lima penunggang motosikal ditahan kerana positif ujian saringan air kencing serta tiga notis dikeluarkan akibat bunyi bising dari kenderaan.
Sementara itu, beliau berkata objektif OP HRAA yang dilaksanakan selama empat hari bermula 27 hingga 28 Jun (sebelum Hari Raya Aidiladha) dan 1 hingga 2 Julai selepas perayaan Aidiladha adalah untuk memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat.
"Ia juga bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi peningkatan keselamatan, kualiti dan keboleharapan perkhidmatan kepada pengguna selain menguatkuasakan pematuhan peraturan dengan memberi tumpuan terhadap sembilan kesalahan utama yang dianggap punca kemalangan.
"Antara aktiviti penguatkuasaan yang ditetapkan sepanjang OP HRAA ialah melakukan rondaan di lebuh raya dan kawasan kerap kemalangan (termasuk black spot), mengadakan operasi motosikal dan penyamaran bas dan pemeriksaan bas di terminal utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
![OP HRAA: 264 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ Selangor OP HRAA: 264 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687884312_TBOPHRAAjpg.jpg)
Anggota JPJ membuat pemeriksaan ketika Operasi Hari Raya Aidiladha 2023 Peringkat Selangor di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan, 27 Jun 2023. --fotoBERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718940926_lelakilanggar.jpg)
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
![JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024 JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718936766_AhmadKamarunzamanM.jpg)
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
![Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718880101_tbMohamadSabu.jpg)
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
![Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718773918_southernGaza.jpg)
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
![Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718709568_Lelakimautrempuhl.jpg)
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713050490_Alirantrafik.jpg)
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
![Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630290_tbPakistan.jpg)
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
![Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718610585_Lembuterlepas.jpg)
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.