Ringkasan AI
- Polis menyerbu tiga rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif GISB.
- Kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak ditemui. Polis merampas pelbagai buku dan dokumen berkaitan GISB.
- Operasi ini adalah sebahagian daripada tindakan besar-besaran di beberapa negeri, dengan perincian lanjut akan diberikan oleh Ketua Polis Negara.
Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan itu, bermula pada 6.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira 9 pagi.
Wartawan Bernama yang turut menyertai operasi terbabit mendapati kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak mendiami tiga kediaman itu.
Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISB yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.
Bernama difahamkan rumah berkenaan menjadi tempat menginap ahli GISB sejak puluhan tahun, dengan penghuni yang bertukar ganti.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi memaklumkan operasi hari ini diadakan secara besar-besaran di beberapa negeri termasuk Kelantan.
Beliau berkata perincian mengenai operasi itu akan diberikan dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA