KUALA LUMPUR: Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam tempoh sama, sebanyak 1,785 serbuan dijalankan di seluruh negara bagi mengekang aktiviti jenayah itu.
"Dalam operasi selama dua minggu yang melibatkan operasi judi dalam talian, polis telah merampas wang tunai, kelengkapan komputer dan telefon bimbit bernilai RM513,025 manakala bagi loteri awam tanpa lesen bernilai RM679,816," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata 1,559 lelaki dan 312 wanita berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 9(1) akta sama.
"Sehingga 5 Okt lepas juga sebanyak 382 kertas siasatan melibatkan judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen berjaya diselesaikan dan dituduh di mahkamah, manakala 1,362 kertas siasatan masih dalam siasatan sementara 43 kertas siasatan dikategorikan tiada tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, mengenai rakyat Malaysia yang diselamatkan polis Peru di Lima, Mohd Shuhaily berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Wisma Putra untuk mengenal pasti individu yang terlibat.
"Setakat ini kami (polis) masih belum tahu apa tindakan seterusnya pihak berkuasa di Peru dan pihak Wisma Putra sedang berusaha untuk membawa mereka pulang seberapa segera," katanya.
Sabtu lepas, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan hasil serbuan polis Peru di sebuah rumah di La Molina, Lima.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023
![Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697037827_ShuhailyMohdZain.jpg)
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam tempoh sama, sebanyak 1,785 serbuan dijalankan di seluruh negara bagi mengekang aktiviti jenayah itu. - Gambar fail/BERNAMA
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697037827_ShuhailyMohdZain.jpg)
Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara
Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
![Op Dadu Khas: 718 individu terlibat judi ditahan di Johor sejak awal tahun Op Dadu Khas: 718 individu terlibat judi ditahan di Johor sejak awal tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658743544_TBKAMARUL.jpg)
Op Dadu Khas: 718 individu terlibat judi ditahan di Johor sejak awal tahun
Seramai 718 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian ditahan menerusi Op Dadu Khas di Johor sejak 1 Jan sehingga semalam.