KAJANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan tujuh kesalahan yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata kesalahan tersebut membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Selain itu, kesalahan lain adalah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.
"Turut dikuatkuasakan ialah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan iaitu pada 24 dan 25 April, bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di gerai juadah Ramadan Taman Prima Saujana, di sini, hari ini.
Sementara itu, Hasbi berkata seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat dalam Ops Bersepadu yang bermula hari ini sehingga 27 April ini bersempena sambutan Aidilfitri dengan pendekatan operasi memfokuskan kepada 76 lokasi black spot di jalan persekutuan yang menjadi antara kawasan yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi.
Beliau berkata selain itu, pendekatan menerusi strategi covert dan overt termasuk penggunaan dron di lokasi tertentu bagi memantau dan merakam etika pemanduan yang tidak selamat oleh pemandu serta pelanggaran peraturan kesalahan jalan raya, turut akan dilaksanakan JPJ.
Katanya, antara penguatkuasaan lain yang dilaksanakan adalah dengan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan dan penguatkuasaan di jajaran black spot kemalangan, pelaksanaan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dan Ops Khas Motosikal.
"JPJ juga mengadakan Pra Ops Hari Raya bermula 14 April hingga semalam yang melibatkan pemeriksaan bas di 76 buah depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara bagi memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan road worthiness serta melakukan pemeriksaan mengejut di Stesen Penguatkuasa, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di lebuhraya seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang turut hadir pada program berkenaan, berkata keanggotaan dalam Ops Bersepadu akan ditambah mengikut keperluan dan boleh mencecah sehingga 2,300 hingga 2,500 anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat dalam Op Bersepadu yang bermula hari ini sehingga 27 April ini bersempena Aidilfitri. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se