PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tidak akan mengeluarkan saman terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu mempunyai masalah kesihatan yang menggunakan Personal Mobility Aids (PMA) di lintasan pejalan kaki di jalan raya bagi tujuan melintas jalan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan OKU yang menggunakan kenderaan mikromobiliti PMA seperti kerusi roda berkuasa elektrik dan bateri sebagai alat bantuan untuk bergerak.
"Saya beri jaminan bahawa pihak berkuasa tidak akan keluarkan saman terhadap golongan OKU.
"Ini kerana kita faham, golongan OKU dan individu yang ada masalah kesihatan perlukan alat bantuan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan OKU di pejabatnya di sini hari ini.
Pengumuman Wee pada Selasa lepas berhubung larangan serta-merta terhadap penggunaan kenderaan mikromobiliti jenis Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan PMA di atas jalan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan OKU.
Susulan itu, Wee mengadakan sesi libat urus bersama lima wakil daripada persatuan OKU, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan selama hampir dua jam hari ini bagi menerangkan pelaksanaan larangan tersebut secara terperinci.
Bagi membolehkan pihaknya memahami keperluan OKU dan mengelak salah faham pada masa hadapan, Wee berkata wakil OKU akan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah MIROS dalam masa terdekat dan beliau telah meminta Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi untuk mengemukakan nama calon kepadanya selewat-lewatnya selepas Aidilfitri.
BACA: OKU dengan kenderaan PMA boleh guna lintasan pejalan kaki - Wee
Sementara itu, Ras Adiba yang mewakili semua persatuan terbabit melahirkan kelegaan terhadap penerangan yang diberikan Wee berhubung pelaksanaan larangan tersebut.
"Terima kasih Datuk Seri (Wee) kerana telah terangkan dengan jelas kepada kami. Sebelum ini kami keliru berhubung larangan ini. Bila sudah faham, kami rasa lega dan kami juga difahamkan bahawa OKU tidak akan disaman kalau lintas jalan menggunakan kerusi roda," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wee turut mengumumkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) kepada individu yang menjaga OKU.
"Sebelum ini kita berikan kepada OKU sahaja, tapi kita juga akan kecualikan kepada mereka yang jaga OKU yang guna kenderaan mereka untuk mudahkan pergerakan OKU di bawah jagaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan OKU yang menggunakan kenderaan mikromobiliti PMA seperti kerusi roda berkuasa elektrik dan bateri sebagai alat bantuan untuk bergerak. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
OKU, individu ada masalah kesihatan guna PMA untuk lintas jalan tidak disaman
Keputusan itu dibuat mengambil kira keperluan OKU yang menggunakan kenderaan mikromobiliti PMA seperti kerusi roda berkuasa elektrik dan bateri sebagai alat bantuan untuk bergerak.
OKU dengan kenderaan PMA boleh guna lintasan pejalan kaki - Wee
Orang Kurang Upaya (OKU) dan individu mempunyai masalah kesihatan yang menggunakan Personal Mobility Aids (PMA) boleh menggunakan lintasan pejalan kaki di jalan raya bagi tujuan melintas jalan.