ISKANDAR PUTERI: Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata beliau menyokong titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahu siasatan menyeluruh dibuat berhubung kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi orang kenamaan di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Teo berkata langkah itu selari dengan prinsip perlembagaan dan undang-undang yang diamalkan di negara ini serta berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
"Kenyataan Pemangku Sultan Johor sangat-sangat bijaksana dan ini menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) semestinya akan menjalankan satu siasatan yang telus.
"Paling penting saya harap pihak PDRM boleh menyiapkan siasatan secepat mungkin dan kalaulah ada unsur-unsur jenayah, silalah bawa pelakunya ke mahkamah secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Larian Amal Komuniti VegRun 2024 di sini hari ini.
Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata siasatan telus penting agar semua pihak faham bahawa perlembagaan dan undang-undang negara perlu dihormati dan diamalkan.
Beliau juga meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
Jumaat lepas Tunku Mahkota Ismail dilapor bertitah menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kejadian yang berlaku pada 28 Mei lepas itu supaya keadilan dapat diberikan kepada mangsa.
Berhubung Program Larian Amal Komuniti VegRun, Teo berkata lebih daripada 3,400 peserta menyertai larian amal tersebut yang bertujuan memupuk gaya hidup dan pemakanan sihat.
Pada program itu beliau turut menyertai larian kategori 11 kilometer selepas menyempurnakan flag off acara amal itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Teo ditemui pemberita ketika hadir pada Program Larian Amal Komuniti VegRun 2024 di Iskandar Puteri hari ini. - Foto Facebook Teo Nie Ching

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.

Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Polis meminta orang ramai supaya berhenti menularkan video yang memaparkan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Jumaat lepas.

OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.

OKU dipukul: Beri ruang pihak berkuasa siasat - Fahmi
Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini