KOTA BHARU: Seorang buruh yang merupakan orang kena tahan (OKT) di lokap Balai Polis Bachok, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bachok selepas dipercayai bergaduh dengan tahanan lain, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 32 tahun itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di klinik tersebut pada jam 11 pagi.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai bergaduh dengan tahanan lain di dalam lokap sehingga dia mengalami sesak nafas sebelum diasingkan ke lokap lain.
"OKT dimasukkan ke lokap balai polis itu selepas ditahan atas tiga kes dadah pada 2 Ogos lalu dan sepatutnya dituduh di mahkamah hari ini atas kesalahan tersebut.
"Malah, OKT juga dikatakan sering menimbulkan masalah kepada tahanan lain dengan membuang air kecil dan besar di dalam sel lokap tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk bedah siasat.
"Kita akan menunggu laporan bedah siasat hari ini. Berdasarkan laporan tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lokap, kita akan dapat mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa," katanya yang menambah kes tersebut disiasat oleh Siasatan Jenayah Dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 14 2022

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 32 tahun itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di klinik tersebut pada jam 11 pagi. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Kematian OKT dalam tahanan: Setiap kes disiasat secara teliti - PDRM
PDRM akan memajukan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memastikan segala aspek siasatan dilengkapkan.

Sindiket menyamar polis, ugut dan tipu waris banduan tumpas
Kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang suri rumah yang mendakwa kerugian RM100,000 akibat diperdaya sindiket terbabit pada 23 Februari lalu.

OKT maut terjatuh dari tingkat lima mahkamah
Seorang orang kena tuduh (OKT) lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang pada Isnin.

Tahanan lolos : OKT berjaya diberkas semula di Batu Caves
Seorang OKT (orang kena tahan) yang berusia 34 tahun berjaya diberkas semula pihak polis selepas melarikan diri sejak 7 Disember lalu.