KUANTAN: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan itu bagi membincangkan isu membabitkan kekasaran Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Isnin ini.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab akan mewakili negara pada mesyuarat itu yang berlangsung di Jeddah.
"Mesej pertama yang nak disampaikan ialah tamatkan apa yang sedang berlaku, kedua kita gesa negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa untuk label Israel sebagai negara aparteid.
"Kita amat dukacita dan kesal dengan kekejaman Israel, perlakuan kasar mereka keterlaluan terhadap masyarakat Palestin sejak Jumaat lepas dan masih berterusan," katanya dalam sidang media pada Majlis Iftar dan Ramah Mesra Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) Parlimen Indera Mahkota hari ini.
Sabtu lepas, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan Jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.
Saifuddin berkata beliau telah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Setiausaha Agung OIC, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Setiausaha Luar United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bagi menghentikan keganasan Israel.
"Saya juga telah menghubungi Menteri Luar beberapa negara yang kita jangka boleh membantu hentikan segera tindakan zalim Israel ke atas umat Islam yang hanya ingin beribadah di Majis Al-Aqsa," katanya.
Beliau memaklumkan turut menghubungi Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Ahad lepas secara telesidang serta menyampaikan solidariti Malaysia kepada Palestin yang dibalas dengan ucapan terima kasih kedua-dua pemimpin.
Saifuddin turut memaklumkan jenazah pelajar jurusan pergigian Universiti Alexandria Mesir Husna Solehah Mohd Salleh, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Kaherah hari ini.
Pelajar tahun tiga dari Kelantan itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Elite, Alexandria pada 7 April lepas dan dirawat di Unit Rawatan Rapi akibat tuberculosis atau tibi sebelum meninggal dunia semalam.
Saifuddin juga berkata pejabat Parlimen Indera Mahkota akan menubuhkan Unit OKU dan kumpulan sukarelawan pengamal bahasa isyarat bulan depan bagi membantu golongan itu mendapatkan bantuan sewajarnya.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 50 OKU untuk persiapan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab akan mewakili negara pada mesyuarat itu yang berlangsung di Jeddah. - Gambar fail/Facebook/Saifuddin Abdullah
Perdagangan Malaysia pada Jun meningkat kepada RM237.81 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan, berkembang secara konsisten sejak Januari 2024 dan merekodkan kenaikan 8.7 peratus tahun ke tahun pada Jun 2024 kepada RM237.81 bilion.
EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United
Manchester United memperkuatkan barisan generasi baru pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.
AWANI Ringkas: GST | Kerajaan belum hasrat laksana semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Operator kilang maki polis didenda RM5,450
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, J Daniel, 31, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.
WTO mulakan kajian semula dasar perdagangan China
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) memulakan kajian semula terhadap dasar perdagangan China untuk kali kesembilan dan disambut kesediaan China membuka pasaran kepada pelabur asing.
Ucapan cucu Donald Trump tarik perhatian
Kai yang merupakan cucu sulung Trump turut mendedahkan sikap Trump yang dianggap sama seperti datuk lain yang gemar memanjakan cucu.
Tiga borang pencalonan PRK Nenggiri dibeli setakat ini - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan tiga borang pencalonan bagi PRK Nenggiri di Gua Musang telah dibeli setakat ini.
Rafizi jawab tohmahan ringgit turun, saham turun, pelabur lari
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar hantaran portal berita pro-PAS yang mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi ekonomi negara yang tidak berasaskan kepada fakta.
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Reformasi SPRM: Wujud suruhanjaya khas lindung kebebasan SPRM
Muhammad Faisal berkata, tambahan klausa Perkara 141B Perlembagaan Persekutuan diperlukan untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas dalam aspek pengamalan dan operasi.
Atlet Palestin bersemangat sertai sukan Olimpik 2024
Jibril Rajoub menegaskan keazaman para atlet Palestin untuk menyertai kejohanan berkenaan meskipun berdepan kesukaran.
Delegasi OIC ke Selatan Thailand lihat gambaran sebenar masyarakat pelbagai agama hidup bersama
Dengan meneliti situasi sebenar di selatan Thailand, negara-negara OIC dapat mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat pelbagai agama.
Pemimpin Islam Selatan Thailand minta delegasi OIC wujud polisi keamanan negara Islam
Polisi keamanan berkenaan perlu ada satu resolusi dan jalan penyelesaian untuk mencapai keamanan.
Malaysia komited tingkatkan peranannya dalam hal ehwal antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata, dalam mencapai aspirasi itu negara memerlukan tenaga profesional yang kompeten di Kementerian Luar.
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
OIC gerakkan usaha bantu pelarian Rohingya - Iyad Ameen
OIC menggerakkan usaha untuk menguruskan aspek politik dan kemanusiaan membabitkan pelarian Rohingya sebagai sebahagian kempen untuk menyokong minoriti Islam yang ditindas di Myanmar.
Malaysia pembekal utama peralatan perubatan dalam kalangan negara OIC
Malaysia adalah pembekal utama peralatan perubatan hospital dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Perlu lebih proaktif dalam OIC
Kedudukan geografi Malaysia yang jauh dari negara-negara dilanda konflik, bukan alasan bantuan tidak dapat diberikan.