Polis mengesahkan objek dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di sini malam tadi dan disangka bom adalah mercun yang dibungkus dalam plastik lutsinar.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Mohd Kamal Kordi bagaimanapun berkata polis sedang menyiasat secara terperinci bagi menentukan kandungan sebenar objek di dalam plastik itu.
Ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan unsur jenayah atau gangsterisme, katanya polis turut menyiasat aspek itu.
"Semasa polis sampai, objek itu sudah diletakkan di atas rumput di hadapan sebuah pusat karaoke di situ," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya objek itu dijumpai oleh pemilik pusat hiburan itu di bawah keretanya kira-kira pukul 11 malam yang kemudiannya memindahkannya ke tempat lain.
Mohd Kamal berkata anggota Unit Pemusnah Bom PDRM telah dihantar ke tempat itu untuk memeriksa dan memusnahkan objek itu yang disangka bom.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dipanggil ke lokasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan, katanya.
Ketika kejadian masyarakat Cina di bandar ini sedang rancak meraikan perayaan Chap Goh Meh dengan bunyi letupan mercun dan bunga api kedengaran dan kelihatan di hampir semua pelosok kawasan.
Bernama
Tue Feb 23 2016
![Objek disangka bom adalah mercun - Polis Sibu Objek disangka bom adalah mercun - Polis Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41454131136_Grenade.jpg)
Polis sedang menyiasat secara terperinci bagi menentukan kandungan sebenar objek di dalam plastik itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Objek disangka bom adalah mercun - Polis Sibu Objek disangka bom adalah mercun - Polis Sibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41454131136_Grenade.jpg)
Objek disangka bom adalah mercun - Polis Sibu
Polis mengesahkan objek dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di sini malam tadi dan disangka bom adalah mercun yang dibungkus dalam plastik lutsinar.
![Tiga suspek ditahan kes tembak ahli perniagaan Tiga suspek ditahan kes tembak ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61446202561_GUNSHOT.jpg)
Tiga suspek ditahan kes tembak ahli perniagaan
Polis menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes tembak seorang ahli perniagaan di Sibu, Sarawak yang ditembak lewat malam Sabtu.