Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut apabila beberapa batang besi di tapak pembinaan LRT di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka.
Dalam kejadian 9 pagi, besi itu terlepas dari mesin pengangkut semasa kerja mengangkat batang besi dijalankan dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa.
"Selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan iaitu van jenis Nissan Vanette dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa, bagaimanapun pemandu van tidak cedera.
Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Sime Darby Medical Centre untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kontraktor pembinaan LRT berkenaan perlu bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa pengguna jalan raya itu.
"Masanya telah tiba bagi pengendali pengangkutan LRT agar memberi perhatian yang lebih terhadap sikap kontraktor mereka dan supaya kontraktor memastikan pengawasan yang betul untuk semua tugasan di tapak kerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu kontraktor yang bertanggungjawab bagi pakej A, projek penyambungan jajaran LRT bagi laluan Kelana Jaya, Trans Resources Corporation (TRC) Sdn Bhd, berkata mereka akan memantau dan meningkatkan prosedur keselamatan di tapak pembinaan.
Pengerusi Eksekutif TRC Datuk Seri Sufri Mohd Zin berkata semua langkah yang perlu dan langkah berjaga-jaga telah diambil oleh syarikat untuk mengelak kejadian seumpama itu berulang.
"Adalah menjadi kebimbangan dan keutamaan kami untuk menjalankan siasatan penuh punca kemalangan itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
"Kami bekerja rapat dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan seperti Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) bagi penyiasatan yang sedang dijalankan berhubung kejadian ini," katanya.
Beliau berkata syarikat akan memantau dan meningkatkan prosedur keselamatan projek di tapak dan akan mematuhi apa sahaja nasihat dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
Sufri juga menyatakan syarikat itu kesal berhubung kejadian malang itu yang berlaku di tapak pembinaan mereka dan amat menyesali sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada kejadian itu.
Bernama
Fri Jun 27 2014

Nyaris maut kereta dihempap besi di Jalan Lapangan Terbang Subang

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Penunggang motosikal maut tercampak
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di selekoh susur ke Saujana Resort.

Polis kesan pemandu Preve guna siren redah kesesakan
Polis kini sedang mengenal pasti individu yang memandu kereta Proton Preve berwarna emas itu ketika kejadian.

Lelaki cetus provokasi terhadap anggota polis ditahan
Semasa polis hendak menjalankan pemeriksaan, suspek berusia 28 tahun itu bertindak agresif dengan melontarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Polis buru pemandu kereta langgar penunggang penghantar makanan
Polis sedang memburu pemandu kereta yang melanggar seorang penunggang penghantar makanan Grab Food, pada Selasa lepas.

Nyaris maut kereta dihempap besi di Jalan Lapangan Terbang Subang
Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut apabila beberapa batang besi menghempap kereta yang dinaiki mereka.

Kemalangan ngeri di Subang tiada kaitan dengan kami -MRT Corp
Projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) tiada kaitan dengan kemalangan ngeri di Jalan Lapangan Terbang Subang, semalam.