NVIDIA pada hari ini sedia terkenal dengan penawaran cip yang menguasai sejumlah pembangunan model kecerdasan buatan di pasaran.


Ringkasan AI
  • NVIDIA akan memperkenalkan komputer kompak Jetson Thor pada pertengahan pertama tahun 2025 untuk pembangunan robot.
  • Langkah ini dijangka memudahkan pembangun dan syarikat dalam pembangunan robot masing-masing.
  • NVIDIA mungkin menjadi penyedia utama untuk kecerdasan buatan dan robotik, memastikan kelangsungan syarikat di tengah persaingan cip AI yang semakin meningkat.


Tidak setakat itu, bermula tahun 2025, NVIDIA juga sedang melihat untuk lebih memfokuskan kepada arena robotik.

Pada pertengahan pertama tahun 2025 kelak, NVIDIA dijangka memperkenalkan penawaran komputer bersaiz kompak khusus untuk pembangunan robot, dinamakan Jetson Thor.

Dengan penggunaannya, ia dijangka memudahkan para pembangun dan pelbagai syarikat dalam pembangunan robot masing-masing.

Dengan langkah ini, NVIDIA seterusnya dilihat mungkin menjadi penyedia penyelesaian utama untuk pembangunan kecerdasan buatan dan robotik pada masa hadapan.

Menurut Financial Times, langkah ini juga dilihat untuk memastikan kelangsungan syarikat NVIDIA sendiri, memandangkan sejumlah syarikat yang membangunkan model kecerdasan buatan telah mula hadir dengan cip tersendiri untuk melatih model masing-masing. -Amanz