KUALA LUMPUR: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau berkata, proses untuk mendapatkan pengesahan itu mengambil masa selama tujuh tahun.
“Alhamdulillah selepas tujuh tahun, segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.
“Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas ‘kemudahan’ yang bakal memberi implikasi di kemudian hari,” katanya pada Selasa.
Difahamkan, status perkahwinan Nurulhidayah dengan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sah di sisi agama, namun surat nikah daripada kerajaan Arab Saudi tetap perlu diperakui di Malaysia.
Anak sulung Ahmad Zahid itu memaklumkan, sebarang perkahwinan di luar negara perlu mendapat pengesahan kerajaan Malaysia terlebih dahulu.
“Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” ujarnya ringkas menerusi ruangan komen.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih buat peguam syarie, Fakhrul Azman Hasan kerana menguruskan kes terbabit daripada awal sehingga akhir.
Untuk rekod, Nurulhidayah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hati di Masjidil Haram, Makkah pada 2017 lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024

Nurulhidayah memuat naik gambar bersama suaminya, Saiful Nizam (tengah) dan peguam syarie, Fakhrul Azman (kiri) di Instagram pada Selasa. - Foto/ IG Nurulzahid

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

‘UMNO bukan parti abah saya’ - Nurulhidayah
"Parti UMNO bukan milik individu. Bukan milik abah saya atau abah sesiapa pun. Ia milik kita semua," tegas Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Dakwaan miliki rumah RM20 juta, Nurulhidayah akan buat laporan polis
Nurulhidayah Ahmad Zahid akan membuat laporan polis terhadap terhadap Chegu Bard ataupun nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin susulan dakwaan beliau memiliki kediaman mewah berharga RM20 juta.

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah
Nurulhidayah memanjatkan kesyukuran selepas bapanya, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Pemilihan UMNO: Nurulhidayah kalah bukti tiada campur tangan presiden - Zahid
Kekalahan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk membuktikan tiada unsur campur tangan presiden pada Pemilihan UMNO.

Anak Zahid letak jawatan ahli Perbadanan SME Corp
Surat peletakan jawatan bertarikh 6 April lalu yang dihantar kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Terima kasih Allah izinkan saya merasakan nikmat manisnya madu" - Nurulhidayah
-I miss u already. Everything seems so empty. Terima kasih Allah pinjamkan kakak dan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu.- - Nurulhidayah

Ahmad Zahid keluar selepas lebih 8 jam beri keterangan kepada SPRM
Yayasan itu dikatakan berkait rapat dengan keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Doktor sakit puan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM
Dr Ting Teck Chin menjawab pertuduhan di bawah 304(b) Kanun Keseksaan, yang mana telah menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi pada 1 Jun lalu.

Pemimpin negara, selebriti ucap takziah kepada keluarga Ahmad Zahid
Barisan pemimpin negara dan selebriti tempatan mezahirkan doa serta ucapan takziah mereka kepada keluarga Datuk Seri Ahmad Zahid di media sosial.