Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diminta berhenti mengelirukan rakyat dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebenarnya diakuinya sendiri menjadi sistem terbaik untuk ekonomi negara.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin berkata, Nurul Izzah juga perlu sedar rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan dengan apa sahaja kenyataan negatif tentang isu GST.
"Setelah diserang bertalu-talu apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan akan meneruskan GST sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kini dia cuba menjernihkan keadaan mengelirukan rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memesongkan perhatian daripada salah urus mereka terhadap sumber awam melalui berita palsu.
"Mungkin Nurul Izzah terlupa apa yang diperkatakan semasa berucap di ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) di Pulau Pinang selain pelbagai kenyataan sebelum ini.
"Sesungguhnya, rakyat sudah muak dan jelik dengan sandiwara politik pembangkang yang sering mengeluarkan kenyataan tidak serupa bikin dan kemudian menyalahkan orang lain tanpa segan silu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Pembangkang memang suka 'U-Turn' - PM Najib
BACA: Kutipan GST dikembalikan semula kepada rakyat untuk kurangkan beban - PM Najib
Sebelum ini, Nurul Izzah mengumumkan akan mengekalkan GST jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan pembangkang gemar membuat 'pusingan U' selepas mengumumkan akan mengekalkan GST jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Najib juga berharap pengundi di Malaysia memahami sikap pembangkang yang tidak bercakap atas realiti sebenar menguruskan kewangan negara.
Dalam pada itu kata Fahariyah, pembangkang sebenarnya malu untuk mengakui hakikat sebenar bahawa pelaksanaan GST adalah mekanisme terbaik demi ekonomi negara.
"Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat untuk berfikiran matang dan tidak mudah mempercayai apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang kerana telah banyak terbukti kenyataan mereka hanya satu manipulasi mengelirukan rakyat bagi menyemai sentimen kebencian kepada kerajaan sedia di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib.
"Saya juga mencadangkan agar Nurul Izzah memohon maaf kepada penyokong mereka yang telah bermati-matian berdemonstrasi di jalanan membantah GST kerana rupanya jauh di sanubari pembangkang, mereka juga mahu melaksanakan GST," jelasnya.
Kutipan GST dilihat sebagai mekanisma terbaik kerajaan dalam membantu rakyat termasuk memberi penekanan meningkatkan taraf hidup dan keselesaan bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Ini kerana, hasil kutipan itu dikembalikan kerajaan kepada rakyat dalam bentuk program bantuan antaranya seperti Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Rumah Mesra Rakyat, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan dan nelayan.
Astro Awani
Thu Apr 27 2017

FAHARIYAH: Nurul Izzah diminta berhenti mengelirukan rakyat dalam isu GST yang diakuinya sendiri menjadi sistem terbaik untuk ekonomi negara. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025.

JKDM kutip hasil RM61.35 bilion, pencapaian terbaik pascapandemik
KDM berjaya mengutip hasil RM61.35 bilion setakat semalam, melepasi sasaran kutipan hasil tahun ini sebanyak RM56 bilion yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

FBM KLCI ditutup tinggi berikutan belian dalam saham terpilih
Indeks Utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pembelian sederhana dalam produk dan perkhidmatan pengguna.

Belanjawan 2025 dijangka perluas asas cukai seperti cukai gula, HVGT, GloBE - Ahli ekonomi
Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

GST hanya akan dilaksanakan sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 - PM Anwar
Kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000-RM4,000.

PM Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerajaan tidak pernah membincangkan untuk melaksanakan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Kerajaan tidak bincang perkenal GST ganti pemotongan subsidi RON95 - Fahmi
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan GST sebagai alternatif untuk menghapuskan subsidi petrol RON95.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.

Kerajaan ambil langkah pelbagaikan dan tingkatkan sumber pendapatan negara - Lim
Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mempelbagaikan dan meningkatkan sumber pendapatan negara, antaranya menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.