SEPANG: Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam ini bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat.
Nurul Ain, 37, dan suaminya berada di Gaza sejak 1 Okt lepas untuk melawat keluarga mentuanya sebelum pergolakan di Gaza tercetus 7 Okt lepas, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini melalui penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar.
"Saya (berjaya) keluar dari Gaza dan serahkan mereka (rakyat Palestin) dalam jagaan Allah", kata Nurul Ain ketika ketibaan yang disambut dalam suasana hiba oleh bapanya Haron Hamim, 65, dan ibu Mastura Yusof, 61 serta adik perempuan Puteri Dania Qistina, 15 dan sanak saudara.
Ketika ditanya perasaannya setelah selamat keluar dari Gaza, Nurul Ain berkata beliau dan suaminya tidak mahu meninggalkan Gaza pada mulanya memandangkan keluarga mentuanya masih berada di sana namun keadaan semakin buruk.
"Keadaan menjadi semakin buruk daripada (konflik) 2014. Jadi saya dan suami kena keluar kerana dia perlu bekerja dan jika tak sambung (kerja) macam mana nak sara keluarga kita," katanya sambil menambah . Mohamed ialah seorang doktor perubatan di Dubai.
Beliau berkata terdapat ahli keluarga suaminya yang syahid dan rumah mereka terkena serangan misil.
"Bukan satu tetapi lapan misil. Muka mereka hancur langsung tak nampak," katanya dalam nada sebak.
Beliau turut merakam penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wisma Putra dan Kedutaan Mesir dalam usaha membawa beliau keluar dari Gaza.
Nurul Ain berkata sekiranya beliau masih berada di Gaza, dia tidak dapat membantu memandangkan tiada stok makanan dan juga selimut.
"Lebih baik saya keluar dari Gaza untuk saya ambil langkah seterusnya. Insya-Allah," katanya.
GAZA-TIBA 3 (AKHIR) PUTRAJAYA
Ditanya perancangannya untuk membantu rakyat Palestin, Nurul Ain berkata beliau akan berikhtiar untuk menghantar bantuan dengan memindahkan sumbangan yang diterima ke Dubai.
"Kita akan cari penyelesaian lain untuk hantar (bantuan). Pindahan (sumbangan) ke Dubai dan berurusan dengan pemborong di sana. Semoga Allah permudahkan," katanya.
Sementara itu, ayah Nurul Ain menzahirkan kesyukuran atas kepulangan anaknya dengan bantuan Kerajaan Malaysia dan Mesir.
"Mula-mula terasa menakutkan dengan perkataan genosid (di Gaza) tetapi melihat Nurul Ain buat amal bakti, sejuk hati sebagai seorang ayah. Lihat wajah dia begitu kuat jati dirinya jadi sebagai ayah saya kena lebih kuat supaya semangat dia tidak turun," katanya.
Turut menyambut Nurul Ain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan pegawai Wisma Putra.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam ini bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat. - Gambar fail/Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Nurul Ain, suami kongsi kisah ketika Gaza dihujani bom
Rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, akan meneruskan usaha membantu penduduk di wilayah konflik itu dengan cara menyalurkan wang tunai hasil sumbangan orang ramai.

Nurul Ain selamat tiba di Malaysia
Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron, yang dibawa keluar dari Gaza, melalui sempadan Rafah di Mesir selamat tiba di tanah air malam ini bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Anwar harap Nurul Ain kongsi situasi di Gaza sebaik pulang ke tanah air
Perdana Menteri meminta Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini.

Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui Lintasan Sempadan Rafah
Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad.