Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mengenai satu posting di medai sosial yang mendakwa notis 'Maklum Balas Rumah Berkunci' sebagai notis palsu bagi tujuan rompakan.
TNB juga telah menafikan posting yang sama apabila ia pertama kali ditularkan setahun yang lalu.
"Untuk makluman, notis yang ditularkan telah dikeluarkan sebagai satu prosedur biasa. Ia dikeluarkan apabila warga kerja TNB tidak dapat mengakses meter disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau terdapat halangan lain," kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir Kamaliah Abdul Kadir.
BACA: TNB perjelas notis 'maklum balas rumah berkunci'
Beliau berkata notis dalam format baharu telah pun digunakan untuk menggantikan notis seperti yang telah ditularkan.
Pengguna juga dinasihat agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan gangguan kepada pegawai yang namanya tertera di notis berkenaan.
Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan TNB di talian 1300885454 atau pejabat TNB yang berdekatan sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan, katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017

TNB juga telah menafikan posting yang sama apabila ia pertama kali ditularkan setahun yang lalu. - Gambar fail
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Notis TNB mengenai rumah berkunci tulen - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mengenai satu posting di medai sosial yang mendakwa notis 'Maklum Balas Rumah Berkunci' sebagai notis palsu bagi tujuan rompakan.

Tiada ejen kutip bayaran bil TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.