KUALA LUMPUR: Notis penamatan berhubung perolehan perjanjian langganan saham (SSA) yang dikeluarkan Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada Digital Nasional Bhd (DNB) tidak memberikan kesan kepada pelaksanaan rangkaian 5G negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Malah Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus.
"Jadi (pelaksanaan 5G) memang bergerak dan kita menjangkakan menjelang hujung tahun ini kita akan dapat mencapai 80 peratus.
"Apabila kita telah mencapai 80 peratus pelaksanaan rangkaian 5G, maka kita akan ada peralihan daripada satu rangkaian borong kepada dwirangkaian," katanya ketika ditemui pada Majlis Sekalung Budi bersama Menteri Komunikasi dan Digital di Angkasapuri di sini hari ini.
Beliau berkata pengumuman yang dibuat syarikat telekomunikasi itu selaras dengan terma perjanjian yang dari segi prosedur mereka perlu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa perbincangan sebelum ini telah dihentikan dan sebarang perkara yang telah dipersetujui sebelum ini telah ditarik balik.
"Setelah kerajaan mengumumkan hala tuju baharu untuk pembangunan dan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, maka dari segi proses dan prosedur mereka kena maklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa perbincangan yang lama dihentikan dan apa-apa yang telah dipersetujui sebelum ini ditarik balik. Bagaimanapun perbincangan baharu akan dimulakan.
"Mereka (syarikat telco) boleh memulakan perbincangan baharu kerana terma kini berbeza," katanya sambil menambah satu pasukan petugas (taskforce) turut akan dibentuk bagi memantau proses pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.
Semalam, TM telah mengeluarkan notis penamatan kepada DNB, berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma SSA untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.
Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, menurut TM dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
![Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681087027_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681087027_FahmiFadzil.jpg)
Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi
Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus.