Adaptasi normal baharu dalam kalangan rakyat merupakan satu penghijrahan terbaik, dalam usaha negara memerangi penularan wabak COVID-19, kata Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2020/1442 Hijrah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu menyifatkan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, dan kerap mencuci tangan, adalah kaedah terbaik dalam mengubah kehidupan rakyat kepada yang lebih baik.
"Kalau kita lihat cara kita menyambut Maal Hijrah tahun 1442 adalah sangat berbeza dengan menggunakan normal baharu, dan kaedah baru inilah adalah satu hijrah iaitu cara kita mengubah kehidupan kita, daripada yang kurang bagus kepada yang lebih bagus.
"Jadi dengan SOP yang telah kita jalankan dan kita maklumkan kepada rakyat untuk patuh, bukan hanya COVID-19, kita lihat penyakit berjangkit juga berkurangan, iaitu penyakit campak serta tangan, kaki dan mulut (HFMD), berkurangan sehingga 60 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menerima anugerah tersebut daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara di sini malam ini.
BACA: Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Jelas Dr Noor Hisham, SOP yang diguna pakai kini sebenarnya telah diamalkan pada zaman tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina lagi, sebagai contoh mengetatkan kawalan sempadan dan elakkan mengadakan perhimpunan besar dan tidak bersalaman, ketika dilanda wabak.
Beliau percaya sekiranya rakyat patuh dengan SOP tersebut, negara mampu memutuskan penularan COVID-19, walaupun masih tiada vaksin ditemui pada masa ini, sama seperti yang mampu dilakukan negara ketika berdepan dengan penularan SARS dan Mers-CoV.
"Sebagai seorang pakar bedah saya mungkin boleh menyelamatkan satu nyawa pada satu masa, tetapi dalam pentadbiran iaitu kesihatan awam, kalau perancangan kita betul kita boleh menyelamatkan satu negara.
"Jadi inilah tanggungjawab yang kita galas bersama di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bekerja sebagai satu pasukan dan juga bekerjasama dengan kementerian lain. Kita menggunakan 'whole goverment and whole society approach' dan saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membantu negara kita daripada COVID-19," katanya.
Pada sambutan tahun ini yang bertemakan 'Ummah Rabbani Negara Harmoni' itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Syeikh Al-Azhar Al-Syarif, Syeikh Prof Dr Ahmad Tayyib.
Beliau yang tidak dapat menghadiri majlis itu diwakili oleh Duta Besar Mesir ke Malaysia Gamal Abdel Rahim Mohamed Metwally.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengumumkan tokoh tersebut, turut membacakan ucapan terima kasih Syeikh Ahmad Tayyib kepada kerajaan Malaysia atas penghormatan yang diberikan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bergambar selepas dikurniakan sebagai Tokoh Maal Hijrah. - Foto BERNAMA
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
Dakwaan fitnah terhadap bekas Naib Canselor UKM: Polis rakam keterangan dua individu
Polis merakam keterangan dua individu daripada pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan membabitkan bekas Naib Canselor UKM.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Niaga AWANI Khas: Mencorak pelaburan mampan negara
Dinamik geoekonomi dan geopolitik menuntut syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mempelbagaikan portfolio selain mencari alternatif dalam menampan ketidaktentuan tersebut.
AWANI Ringkas: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MAHB: PAC perlu guna saluran betul untuk dapatkan penjelasan - Loke
PAC perlu menggunakan saluran yang betul apabila ingin mendapatkan sebarang penjelasan daripada Kementerian Pengangkutan termasuk mengenai penjualan saham MAHB.
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
[TERKINI] Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Hampir 50 peratus bakal jemaah haji setuju terima tawaran haji setakat ini
Hampir 50 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji telah bersetuju dan selesai menjawab tawaran haji bagi musim 1446H/2025M, setakat 27 Jan lepas.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.