PUTRAJAYA: Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang, kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Mazmalek Mohamad.
Dalam satu taklimat media mengenai data peribadi di sini, beliau menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menyertai pelbagai kumpulan WhatsApp yang tidak berfaedah bagi mengelak berlaku perkongsian nombor telefon tanpa disedari.
"Kadang-kadang kita tidak kenal semua ahli kumpulan. Tanpa kita sedari, ada di antara ahli kumpulan secara diam-diam kongsi nombor telefon kita dengan orang lain.
Apabila semua nombor telefon dalam kumpulan itu telah dikongsi dengan 'scammer' atau agensi telepemasaran, mereka akan tinggalkan kumpulan WhatsApp dan sertai kumpulan lain pula," katanya taktik berkenaan memudahkan sindiket penipuan atau telepemasaran memiliki nombor telefon secara mudah.
Menurut Kaji Selidik Pengguna Internet 2020 yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), katanya 98.7 peratus rakyat negara ini memilih aplikasi WhatsApp sebagai medium komunikasi utama.
"Jumlah ini tinggi, kalau semua nombor telefon ini dikongsi dengan mudah, maka ramai rakyat kita terdedah dengan jenayah penipuan," katanya.
Mazmalek dalam pada itu berkata pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini dan ia kini dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara.
Namun, katanya terpulang kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk tarikh yang sesuai untuk dibentangkan pindaan itu di Parlimen.
Pada 12 Feb 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dilaporkan telah menjalankan rundingan awam berhubung cadangan pindaan Akta 709 bagi memperkasa perlindungan data peribadi di Malaysia di samping memastikan akta berkenaan selari dengan kehendak revolusi ekonomi digital, teknologi, sosial dan perkembangan persekitaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022
Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
WhatsApp teruskan ujian guna nama sebagai alternatif nombor telefon
WhatsApp dilihat meneruskan ujian untuk penggunaan nama pengguna sebagai alternatif untuk nombor telefon.
Nombor telefon, data peribadi kini paling berharga
Nombor telefon merupakan data peribadi yang paling berharga ketika ini dan berisiko digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada untuk mengaut keuntungan atau menganiaya seseorang.
Ketirisan data pengguna Facebook, rakyat Malaysia tidak terkecuali
Perkara berkenaan didedahkan oleh pakar perisikan siber Alon Gal yang juga merupakan Ketua Pegawai Teknologi Hudson Rock.
Gangguan seksual: Beranikan diri lapor jika diganggu anggota penguatkuasa
Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan anda ketika sekatan jalan raya?
Premis perniagaan perlu patuhi tatacara pengendalian data peribadi - KKMM
Ketetapan tatacara itu telah diluluskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Mei lepas.
Lapor kandungan berbaur 3R di media sosial terus kepada MCMC
Platform itu akan memudah dan mempercepatkan proses tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak berkepentingan.
Telefon bimbit Guan Eng digodam
Guan Eng berkata, difahamkan bukan telefon bimbit pemimpin sepertinya sahaja digodam malah pekerja pilihan raya turut terkena dengan serangan siber tersebut.
Fuziah Salleh lapor polis dakwa nombor telefon digodam
Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu beliau menerima puluhan panggilan telefon serta SMS daripada nombor-nombor yang tidak dikenali, memarahinya kerana menghantar SMS berbaur hasutan.
'18888888888' nombor telefon paling mahal di dunia
Di China, nombor18888888888berjaya dilelong pada harga 120 juta yuan (RM75.7 juta) sekali gus memecah rekod dunia sebagai nombor telefon paling mahal.