Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat Selangor sebenarnya mendapat peruntukan pembangunan yang banyak daripada kerajaan pusat berbanding peruntukan kerajaan negeri.
Beliau berkata tahun lepas kerajaan persekutuan memperuntukkan RM3.22 bilion bagi projek pembangunan di Selangor dan 90 peratus daripadanya atau RM2.91 bilion telah dibelanjakan berbanding RM667.58 juta peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan, hanya 74 peratus atau RM494 juta dibelanjakan.
Noh yang juga anggota Parlimen Tanjung Karang berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MTPNS selepas pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, di sini pada Selasa.
"Hari ini kerajaan negeri berbangga simpan duit banyak...tetapi tidak banyak dibelanjakan untuk pembangunan," katanya.
Tahun ini kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.8 bilion untuk pembangunan negeri dan rakyat Selangor manakala kerajaan negeri pula memperuntukkan RM633 juta bagi pembangunan.
"Selain memberi peruntukan yang banyak, kerajaan pusat juga berjaya mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan sejak 2008 iaitu sebanyak 12,677 keluarga," katanya.
Mengulas mengenai fungsi MTPNS serta peranan pengerusi penyelaras pelaksanaan pembangunan kerajaan pusat di Selangor, Noh berkata perhatian penuh akan diberikan terhadap mana-mana projek atau program yang dilaksanakan sebelum ini terbengkalai, lewat disiapkan atau terpaksa ditender semula.
Selain itu, setiap projek kerajaan pusat di Selangor haruslah dilaksanakan dengan sempurna dan dibuat secara telus iaitu dibuat secara tender terbuka dan bukannya secara rundingan terus, katanya.
Bagi melancarkan pelaksanaan projek serta program pembangunan persekutuan untuk rakyat Selangor, Noh berkata 12 anggota Dewan Undangan Negeri dan tiga anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk beliau yang masing-masing dilantik sebagai pengerusi penyelaras pelaksanaan program dan projek Persekutuan di Selangor.
Menerusi pelantikan itu setiap pengerusi penyelaras yang dilantik akan memainkan peranan masing-masing membantu 44 jabatan termasuk agensi kerajaan persekutuan di Selangor bagi memastikan setiap projek serta program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pusat sampai kepada rakyat dan memberi manfaat kepada pembangunan negeri ini, katanya.
"Matlamat kita ialah untuk memastikan semua peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat di Selangor ini benar-benar dapat dilaksanakan dan memberi kesan kepada pembangunan negeri.
"Kita harapkan rakyat Selangor dapat melihat, menilai dan menghargai sumbangan yang dilakukan oleh kerajaan pusat walaupun negeri ini ditadbir oleh pembangkang," katanya.
Bernama
Tue Aug 20 2013

Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Premier Sarawak rasa senang bekerjasama dengan Perdana Menteri
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan beliau berasa amat senang untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerajaan komited pastikan ekosistem kesihatan terbaik untuk semua - Dr Zaliha
Kerajaan Perpaduan sentiasa komited memastikan ekosistem kesihatan di seluruh pelosok negara dalam keadaan terbaik bagi menambah baik akses kesihatan rakyat Malaysia.

Kabel dasar laut: Kerajaan pusat beri lampu hijau Sarawak bincang dengan Singapura
Pelaksanaan projek yang melalui kawasan Indonesia itu, membolehkan Sarawak mengeksport bekalan elektrik sehingga 1,000 megawatt (MW) elektrik.

PRK: Teori jika PN menang di Pulai, akan tukar Kerajaan Pusat tidak munasabah - Suhaizan
Suhaizan Kaiat menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu, hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.

Boleh tukar kerajaan walau terikat Akta Lompat Parti - Ahmad Faizal
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana ada proses undang-undang yang membolehkan ia berlaku.

PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.

Kerajaan pusat salur RM6.5 juta jayakan program pembangunan tukun tiruan
Setiap negeri akan memperoleh kira-kira RM360,000 dengan bilangan tukun tiruan bergantung kepada proses perolehan sebut harga yang dibuat.

Projek LRT: Pulau Pinang harap dipanggil mesyuarat bersama Pusat
Kerajaan Pulau Pinang berharap akan dipanggil untuk turut serta dalam mesyuarat antara kementerian terlibat agar pelaksanaan Transit Aliran Ringan (LRT) dapat disegerakan.

Tiada 'perang dingin' antara kerajaan Terengganu dan pusat - MB
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud 'perang dingin' antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.