Nilai tender yang ditawarkan 1,507 pembida dari seluruh negara untuk mendapatkan nombor plet kenderaan yang bermula dengan huruf ‘RM’ mencecah RM7 juta, nilai bidaan tertinggi pernah diterima oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis setakat ini.
JPJ Perlis membuka tawaran pembidaan bagi plet nombor kenderaan itu pada 23 Februari lepas dan ditutup 10 Mac lalu untuk membolehkan permohonan diproses bermula 11 Mac dan berakhir hari ini.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di Jejawi di sini hari ini, Pengarah JPJ Negeri, Zulhasmi Mohamad memberitahu bagi nombor plet menggunakan huruf RL yang ditawarkan sebelum ini telah mengumpul nilai tawaran tender sebanyak RM1.7 juta sahaja oleh para pembida yang berjaya.
Beliau berkata sebanyak 6,272 pembida terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat dari dalam dan luar Perlis telah membida bagi mendapatkan plet nombor kenderaan berhuruf RM itu dan membayar 50 peratus daripada nilai tender yang ditawarkan.
Semua pembida akan dimaklumkan sama ada mereka berjaya ataupun tidak dalam tawaran tender masing-masing melalui surat yang mula dihantar hari ini, katanya.
Bagi mereka yang berjaya dikehendaki melunaskan bayaran nilai tender masing-masing yang masih berbaki 50 peratus dalam tempoh sebulan dan mereka kemudian diberi tempoh enam bulan lagi untuk mendaftar nombor plet yang telah dimenangi di JPJ negeri.
"Jika nombor-nombor plet berkenaan tidak didaftarkan dalam tempoh tersebut, pendaftaran akan dibuka kepada orang lain dan pembida yang menang tidak berhak membuat sebarang tuntutan selepas itu," kata beliau.
Zulhasmi berkata, baki tawaran nombor plet menggunakan huruf RM sebanyak 8,491 lagi akan mula dibuka kepada orang ramai sebaik sahaja pengeluaran nombor plet menggunakan huruf RL yang masih berbaki sebanyak 648 nombor plet habis dikeluarkan kepada para pemohon dijangka penghujung bulan ini atau awal Mei depan.
Mengenai plet menggunakan huruf RM yang ditawarkan, beliau berkata bagi plet kenderaan RM 1 menjadi hak milik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dibawah kuota yang ada pada baginda.
Bagi nombor plet RM 7 pula menjadi milik anggota pentadbiran kerajaan negeri di bawah kuota yang diberi kepada Menteri Besar.
Nombor plet paling tinggi ditawarkan oleh pembida ialah untuk ‘RM 8’ dengan nilai tender sebanyak RM297,000 oleh sebuah syarikat luar Perlis sementara tender paling rendah yang memenangi bida berkenaan bernilai sebanyak RM300 oleh beberapa pembida perseorangan dan syarikat mengikut nombor pilihan masing-masing.
Bernama
Mon Apr 06 2015
JPJ Perlis membuka tawaran pembidaan bagi plet nombor kenderaan itu pada 23 Februari dan ditutup 10 Mac lalu.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini.
Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja
JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).