ALOR SETAR: Pernikahan pasangan tempatan di Thailand tidak diiktiraf undang-undang jika tidak didaftarkan dengan jabatan agama di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam, namun, setiap pasangan yang gagal mendaftar tetap tidak diiktiraf.
Bahkan, kegagalan mendaftar perkahwinan dengan jabatan agama, tegas beliau, sekali gus akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang.
Menurut Najmi, pernikahan di negara luar yang tidak didaftar di dalam negara juga, bukan hanya akan menyusahkan pasangan itu, malah memberi masalah kepada anak pasangan terbabit.
Katanya, pengesahan dan pendaftaran di pejabat agama sangat penting dan perlu didaftarkan pasangan sekembali ke negeri ini.
“Pertama sekali, sekiranya ada surat pengesahan daripada kaunselor kami di sana atau pihak berkuasa yang berkaitan di Thailand akan diakui pernikahan itu sah setelah kita membuat semakan dan siasatan.
“Kegagalan mendaftarkan pernikahan boleh mengakibatkan kesukaran mendapatkan sijil kelahiran anak mereka dan pelbagai isu lain mungkin akan timbul nanti termasuk isteri kedua sukar untuk membuat apa-apa tuntutan.
“Ia boleh menjadi isu yang berpanjangan sehingga menjejaskan hak anak-anak mereka untuk bersekolah nanti,” jelas Najmi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Bazar Buku Kedah’, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Najmi berkata, pernikahan di luar negara tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi satu kesalahan dan akan dihukum.
Menurutnya, selagi tidak disahkan oleh mahkamah, selagi itulah pasangan terbabit dianggap tidak berkahwin dan tiada sebarang rekod perkahwinan di negara ini.
Lebih mudarat lagi, tegas beliau, apabila berlaku perceraian, urusan faraid dan nasab anak selain berdepan tuduhan atas kesalahan khalwat kerana gagal me¬nunjukkan bukti rasmi perkahwinan di negara ini.
Beliau berkata, kebiasaannya mereka yang berkahwin di Thailand adalah kerana ingin berkahwin lebih daripada satu tetapi takut untuk meminta izin daripada isteri pertama.
“Ramai yang salah anggap bahawa kebenaran isteri pertama diperlukan untuk poligami. Ia sebenarnya memerlukan kebenaran mahkamah… apabila mahkamah perlukan maklumat, pihak mahkamah akan hubungi isteri pertama.
“Mahkamah hanya akan memberi kebenaran sekiranya suami difikirkan berkemampuan. Bagi lelaki yang berkemampuan, tak usah lah pergi kahwin di sana, mahkamah akan beri kebenaran jika mereka mampu kerana asas pertimbangan itu adalah dari segi nafkah.
“Ikutlah peraturan, ukur baju di badan sendiri, fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak kerana ia akan menjadi masalah yang berpanjangan sekiranya pernikahan tidak didaftarkan di sini,” kata beliau memberi peringatan.
Justeru, Najmi menasihatkan agar lebih ramai pasangan muncul yang telah bernikah di negara jiran itu untuk membuat pendaftaran di pejabat agama di dalam negara.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 31 2023

Pernikahan pasangan tempatan di Thailand tidak diiktiraf undang-undang jika tidak didaftarkan dengan jabatan agama di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah, Datuk Najmi Ahmad. - Gambar Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Makin rancak rakyat Malaysia ingin berpoligami ke selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Malaysia bernikah di selatan Thailand setiap bulan.

Nikah di Thailand tidak diiktiraf dalam negara selagi tidak daftar dengan jabatan agama
Mereka yang bernikah di Thailand biasanya kerana ingin berpoligami tetapi takut minta izin isteri pertama.

Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand
Lelaki yang memilih bernikah di Siam adalah orang yang tidak tahu malu sebab membelakangkan ibu bapa dan isteri pertama.

Selangor tidak iktiraf kahwin luar negara - MAIS
Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.

"Kami tidak akan maafkan Kazar ..." - Ibu Syamsul Yusof
Beredar satu paparan skrin tertera komen yang difahamkan ditulis oleh ibu kepada pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail.

Perlis permudah daftar perkahwinan rakyat yang bernikah di luar negara
Kerajaan Negeri Perlis sedang meneliti beberapa perkara bagi memudahkan proses pendaftaran pernikahan pasangan Islam di Perlis yang bernikah di luar negera terutamanya di Thailand.