SHAH ALAM: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi fokus kepada isu banjir, guna tenaga, perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata empat perkara utama itu adalah dalam portfolio terbaharunya sebagai menteri selain ia adalah isu yang menjadi tumpuan rakyat.
"Ini satu tanggungjawab yang sangat besar, cabaran yang berkaitan isu pada hari ini, contohnya isu perubahan iklim, banjir dan tenaga. Saya tahu ia juga perkara yang anak-anak muda sangat prihatin.
"Saya akan cuba tengok isu-isu yang menjadi keutamaan dan apa kerajaan dapat lakukan untuk memantapkan kesiapsiagaan kita semua. Kita tidak hanya bercakap untuk melawan perubahan iklim, tapi kita juga perlu menyesuaikan diri kepada perubahan iklim dan cuba sedaya upaya sebelum ia menjadi lebih teruk," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran bukunya, 'Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif' sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.
Nik Nazmi berkata esok, beliau akan mendengar taklimat daripada pengurusan tertinggi dan mempertimbangkan keutamaan yang perlu dilakukan oleh kementeriannya.
"Saya akan masuk ke pejabat di Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada jam 8 pagi esok dan mendengar taklimat daripada pengurusan tertinggi kementerian.
"Kami juga ada mesyuarat Kabinet khas untuk dapatkan panduan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya akan lihat untuk umum apa-apa tentang rancangan," kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.
Terdahulu, buku 'Anak Malaysia: Sebuah Perjalanan Politik Progresif' yang berkisarkan mengenai kisah hidup Nik Nazmi dan refleksinya tentang politik Malaysia dilancarkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Nik Nazmi berkata empat perkara utama itu adalah dalam portfolio terbaharunya sebagai menteri selain ia adalah isu yang menjadi tumpuan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

NRES perkasa Akta Hakmilik Strata - Nik Nazmi
Hal ini bagi memastikan skim-skim strata yang dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.

Malaysia bersedia pimpin suara ASEAN dalam tindakan iklim di COP30
Malaysia bersedia untuk memainkan peranan penting dalam usaha ASEAN menyatakan pandangan yang lebih menyeluruh bagi tindakan iklim di COP30 di Brazil tahun hadapan.

Projek pembangunan mesra alam inisiatif kekal kelestarian alam
Projek pembinaan yang menerapkan teknologi tinggi mampu mengurangkan pelepasan karbon serta penggunaan tenaga dengan penyelenggaraan pada kadar minimum.

Petrol Euro 5 tidak akan beban pengguna - Nik Nazmi
Penggunaan petrol Euro 5 yang akan mula dilaksanakan September tahun hadapan tidak akan meningkatkan harga bahan api itu, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi
Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.