KUALA LUMPUR: Juruiring polis kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dijangka kembali berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nik Ezanee yang ketika dihubungi Astro AWANI berkata, hasrat untuk kembali ke lapangan itu juga sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 April lalu selepas pulang dari Jakarta, Indonesia.
Malah, katanya, Ismail Sabri juga bersetuju dengan keputusan tersebut.
"Selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri pada 2 April lalu, saya juga membuat permohonan pertukaran dalam sistem penjawatan PDRM dan buat masa sekarang masih lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri," katanya.
BACA: Bukit Aman sahkan pertukaran Nik Ezanee jadi juruiring PM
Nik Ezanee berkata, beliau ada memaklumkan mengenai permohonan pertukaran itu kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.
Selain itu, katanya, hasrat pertukaran tersebut dibuat selepas dia mengambil kira pengalaman dan kebolehan yang ada untuk dicurahkan kepada entiti seperti PDRM serta rakyat Malaysia.
"Berhubung keputusan ini, saya merasai pengalaman dan kebolehan saya ini boleh saya sumbangkan kepada PDRM. Pengalaman yang ada mungkin boleh menambah baik pasukan PDRM.
"Buat masa ini, tiada sebarang keputusan mengenai permohonan itu dan saya sedia berkhidmat di lapangan," katanya.
Pada 21 Disember 2021, Nik Ezanee yang memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri.
Assim Hassan
Fri Apr 15 2022
![Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640017007_SACNIKEZANEEMOHD.jpg)
Nik Ezanee berkata, beliau ada memaklumkan mengenai permohonan pertukaran itu kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass. - Foto Bernama
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653302800_TBEZANEE.jpg)
Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik
Nik Ezanee akan mula bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bermula 1 Jun ini.
![Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640017007_SACNIKEZANEEMOHD.jpg)
Nik Ezanee kini bersedia kembali ke lapangan, selepas membina pengalaman di PMO
Juruiring polis kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dijangka kembali berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menteri Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639563946_SACNIKEZANEEMOHD.jpg)
Nik Ezanee kini juruiring Perdana Menteri
Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kini beralih tugas sebagai juruiring Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.
![Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620869663_NikEzaneeMohdFais.jpg)
Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee
Beliau berkata konsep seperti humanizing the badge perlu ada dalam setiap pegawai dan anggota polis yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan negara.
![Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61619010253_PukulPengawal.jpg)
Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis
Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok (Khamis).
![Arahan pertukaran PDRM libatkan 71 pegawai kanan Arahan pertukaran PDRM libatkan 71 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607688236_LogoPDRM.jpg)
Arahan pertukaran PDRM libatkan 71 pegawai kanan
Senarai pertukaran terbaharu melibatkan 71 pegawai kanan, antaranya Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
![Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614763530_pistol.jpg)
Tunjuk 'pistol' kerana bunyi hon
Seorang lelaki yang mengugut pemandu e-hailing wanita dengan menunjukkan sepucuk pistol mainan dicekup polis tengah malam tadi.
![Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614330905_TBRoadblock.jpg)
Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan
Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.
![Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611203985_KpPetalingJaya.jpg)
Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak
Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.
![Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610684238_TBTahanPolis.jpg)
Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini
Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya jam 9 pagi ini atas dakwaan sengaja menyebabkan kecederaan dan perbuatan khianat.