Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas.
Menurut Nik Aziz, tindakannya untuk menentang calon parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar sekaligus mampu memecah belahkan perpaduan.
“Apakah erti kita bersatu sekiranya orang disini bertanding bebas dan DAP juga akan tanding secara bebas dalam kata lain berebut sesama sendiri,” kata Nik Aziz.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para pemberita di rumahnya di Pulau Melaka.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi menentang calon PKR kerana dikatakan tidak puas hati dengan Adun Guchil pada ketika ini, Tuan Zamri Ariff tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.
Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di Dun itu ketika ini.
Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai satu lagi pergolakan dalam gabungan itu terutamanya di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan melakukan Bai’Ah (Aku Janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan Dap.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr. Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.
Dun Guchil itu merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.
Astro Awani
Sun Mar 24 2013
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tiada niat 'plago' anak Nik Aziz - Husam Musa
Pakatan Harapan (PH) tiada niat untuk melaga-lagakan dua anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Orang ramai terus ziarahi pusara Allahyarham Nik Aziz hari ini
Walaupun pada hari pengkebumian beliau semalam puluhan ribu masyarakat hadir, namun hari ini masih ramai menziarahi pusara Allahyarham.
Siapa pencetus keganasan? - Hadi Awang
Islam dituduh membawa keganasan, maka penganutnya seringkali dikaitkan dengan pengganas. Namun siapa pencetus keganasan sebenar?
DAP tidak perlu persoal ketidakhadiran Abdul Hadi - Nik Aziz
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Khabar angin Nik Aziz meninggal dunia adalah tidak benar
Khabar angin yang mengatakan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung adalah tidak benar.
Ibrahim Ali desak Nik Aziz jelaskan pemilikan tanah
Datuk Ibrahim Ali meminta Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memperjelas pemilikan 14 lot tanah di sekitar Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.
Nik Aziz mahu rakyat Kelantan pulang mengundi
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu rakyat Kelantan di perantauan pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
Mat Sabu sah bertanding di Kedah
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengesahkan akan bertanding di Kedah pada pilihan raya umum ke-13.
Nik Aziz kecewa dengan tindakan ketua cawangan Pas
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan ketua Pas cawangan Guchil Hulu kerana menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon.
Majlis Syura tidak bincang tolak Anwar jadi PM - Nik Aziz
Majlis Syura Ulama PAS hari ini menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.