Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Eksekutif dan Pengarah Perbadanan-Perbadanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Nik Amlizan itu bagi menggantikan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin yang telah meletakkan jawatannya pada Jumaat.

Menurut Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan LTAT pada 30 Ogos lalu.

"Saya juga bersetuju di atas syor lembaga Pengarah LTAT untuk melantik Nik Amlizan menggantikan Lodin berkuat kuasa hari ini (7 September 2018)," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.