SHAH ALAM: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIRM) mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran segera wang Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.
Presidennya, Azmi Mohd Tahir menegaskan, ramai pencarum yang mengharapkan simpanan berkenaan ekoran terkesan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami ingin menjelaskan selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak, kami dapati hampir kesemua yang dimaksudkan bukanlah bergantung harap sepenuhnya pada wang KWSP, tetapi keadaan memaksa dan tiada pilihan lain.
"Pengeluaran secara bersasar adalah satu tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP kepada pencarum yang sangat terkesan dengan kos sara hidup.
"Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka dan kami berharap kerajaan dapat meluluskan (pengeluaran) dengan segera sebelum sesi persekolahan 2023 dibuka," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024, akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan A manakala 20 Mac bagi negeri Kumpulan B.
Dalam pada itu Azmi menjelaskan, pencarum tidak hanya bergantung kepada simpanan KWSP semata-mata, namun tiada pilihan lain kerana amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
"Satu demi satu harga barangan naik dan tidak dapat menampung kelangsungan hidup kerana pendapatan yang tidak seimbang dan pekerjaan tidak stabil.
"Hanya satu jalan terakhir adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP secara bersasar bagi pencarum meneruskan kelangsungan hidup mereka," tegasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 06 2023
PGIRM mahu kerajaan benarkan pengeluaran KWSP sebelum sesi persekolahan 2023 bermula. -Gambar fail/Bernama
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Berat untuk menyimpan, berisiko kemiskinan hari tua
Pakar berbeza pandangan tentang saranan agar sistem pencen dimansuhkan kerana ia bererti setiap orang bergantung pada KWSP ketika persaraan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Oktober 2024.
KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.
Belanjawan 2025 memperkukuh kesejahteraan persaraan
KWSP menyokong agenda reformasi untuk membina sebuah negara yang inklusif dan makmur yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.