KEMAMAN: Sekumpulan nelayan terkejut apabila terlihat kelibat seekor buaya sedang berenang di Pantai Kampung Tengah dekat Kijal di sini hari ini.
Wan Zuhairi Wan Nordin, 32 berkata kejadian itu berlaku ketika dia dan beberapa nelayan lain sedang dalam perjalanan memukat ikan bilis di tengah laut kira-kira 7 pagi.
"Ingatkan apa benda yang bergerak hingga air berkocak kuat. Bila dilihat dengan teliti, rupanya ia seekor buaya dengan anggaran dua meter panjang berada tidak jauh dari bot yang sedang kami naiki.
"Paling saya bimbang kerana jaraknya dengan pantai sangat dekat, kira-kira 100 meter sahaja. Saya sempat rakam video sebagai bukti agar pengunjung pantai ini lebih berhati-hati," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Wan Zuhairi yang menjadi nelayan sejak 15 tahun lalu berkata kemunculan buaya di sekitar pantai kampung tersebut bukanlah kali pertama kerana ia pernah berlaku 10 tahun lalu.
"Harap-harap tiada perkara buruk yang akan berlaku kerana pantai ini memang jadi tumpuan ramai setiap kali musim cuti persekolahan atau hujung minggu," katanya yang berharap pihak bertanggungjawab akan mengambil tindakan lanjut.
Video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet yang risaukan keselamatan pengunjung dan penduduk kampung itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa maklumat berkaitan buaya tersebut.
"Walaupun belum sahih, pengunjung tetap perlu berwaspada ketika berada di sekitar kawasan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022

Video berdurasi lapan saat yang dirakam Wan Zuhairi kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai maklum balas dari warganet yang risaukan keselamatan pengunjung dan penduduk kampung itu. - Tangkap layar/YouTube
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Operasi buru buaya dihentikan, orang ramai dinasihat elak aktiviti di Sungai Klang
Operasi pencarian buaya dihentikan sementara kerana pencahayaan yang terhad dan kawasan pencarian yang sukar, namun akan disambung semula.

Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang
Orang ramai dinasihatkan agar mengelakkan berada berdekatan lokasi itu, serta memberi kerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Perhilitan terima laporan kehadiran buaya di Pantai Purnama
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menerima laporan kehadiran seekor buaya di Pantai Purnama.

Buaya di UniSZA kena tangkap
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut pada jaring di kolam tadahan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kampus Besut, Tembila dekat sini pagi semalam.

Buaya di Pantai Cermin Port Dickson, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

Kandang pembiakan buaya bolos, dikhuatiri banyak terlepas ke perairan Batam
Menurut Kompas, kejadian berlaku akibat kesan hujan lebat dan kenaikan paras air dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.