SABAK BERNAM: Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan dekat sini terbongkar pada Selasa.
Dalam operasi kira-kira jam 8.30 malam itu dadah seberat 40.3 kilogram (kg) yang dipercayai untuk diseludup ke Indonesia berjaya dirampas.
Pengarah Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tindakan dilakukan unit risikan dan pasukan geledah Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk yang melaksanakan operasi harian bertindak memeriksa sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang berada di jeti tersebut.
Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan tiga lelaki termasuk tekong terjun ke dalam air dan dapat meloloskan diri.
"Bagaimanapun, kita berjaya menahan seorang lelaki Indonesia dalam pengaruh dadah yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah.
"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua guni berisi keseluruhan 38 bungkusan teh cina disyaki syabu yang disimpan di dalam petak simpanan ikan atas bot tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Maritim Selangor pada Khamis.
Abdul Muhaimin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang ditahan itu baharu bekerja dua minggu di bot terbabit.
Katanya, Maritim percaya kumpulan terbabit melakukan kegiatan penyeludupan dadah sebelum ini dengan menyalahgunakan bot nelayan yang dibenarkan beroperasi lebih 15 batu nautika (28 kilometer) dari pesisir pantai.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti sumber dadah itu diperoleh dan upah bagi setiap penghantaran dadah itu," ujarnya.
Tegasnya, kesemua barang rampasan termasuk bot dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut.
"Ini merupakan rampasan terbesar sejak 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 01 2024

Anggota Maritim Malaysia menemui bungkusan berisi dadah disyaki syabu susulan pemeriksaan di sebuah bot nelayan di Sekinchan, Selangor, Selasa lalu.

Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi teknologi AI - PM Anwar
Malaysia perlu mempercepat eksplorasi dan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan menggalakkan inovasi dan mengadaptasi pendekatan rentas kementerian dan agensi secara menyeluruh.

Zii Jia dapat perlindungan ranking BWF
Team LZJ dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu diambil selepas pertimbangan teliti dan nasihat daripada pihak berkaitan termasuk pakar perubatan.
Mirinda angkat semangat kekeluargaan & kepelbagaian
Sambutan Aidilfitri tahun ini, Etika Sdn Bhd melalui jenama Mirinda berkolaborasi dengan Astro Shaw bagi mengeluarkan treler raya bertajuk Balik Rayaaahhh!
#AWANIRingkas 24 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Mac 2025
1️⃣ Siasat tindakan guru suruh pelajar balik China
2️⃣ Kerajaan tunggu keputusan mahkamah
3️⃣ Kadar tiga peratus sokong prospek inflasi
#awaniringkas
1️⃣ Siasat tindakan guru suruh pelajar balik China
2️⃣ Kerajaan tunggu keputusan mahkamah
3️⃣ Kadar tiga peratus sokong prospek inflasi
#awaniringkas
Robot keselamatan berkuasa AI pertama di Malaysia
IJM mencatat pencapaian baharu dalam teknologi keselamatan dengan pelancaran rasmi robot keselamatan berkuasa AI pertama di Malaysia.
Pemandu rempuh penunggang motosikal ditahan
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian kemalangan yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal berusia 76 tahun cedera parah.
Siasat tindakan guru suruh pelajar balik China
Tindakan seorang guru yang didakwa menyuruh pelajarnya pulang ke China kerana kurang fasih berbahasa Melayu sedang disiasat Kementerian Pendidikan.
Surat PN akan dibincang bersama wakil parti kerajaan perpaduan
Surat yang ditulis Perikatan Nasional menerusi wakilnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan diteliti dan dibincangkan dengan wakil parti-parti kerajaan perpaduan
Kerajaan tunggu keputusan mahkamah sebelum salur peruntukan kepada Syed Saddiq
Kerajaan perlu menunggu keputusan mahkamah rayuan sebelum menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana sekiranya disabit bersalah maka jawatannya sebagai ahli parlimen secara automatik akan tergugur.
BNM akan bayar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan
Jumlah tersebut mencatatkan rekod baharu susulan lonjakan keuntungan bersih kepada RM13.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, iaitu yang tertinggi sejak 1997.

Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1.06 bilion ke Australia
Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion.

Nelayan sorok syabu RM1.32 juta dalam tempat simpan ikan
Helah sekumpulan nelayan menyembunyikan dadah syabu bernilai RM1.32 juta di tempat simpanan ikan sebuah bot di jeti nelayan Sekinchan terbongkar pada Selasa.

Pasangan suami isteri ditahan disyaki seludup syabu bernilai RM670,000
Rampasan dibuat ekoran penahanan dua rakyat tempatan ketika mereka sedang memindahkan dadah 15.88 kg itu dari kereta ke sebuah bot.