KUALA SELANGOR: Para nelayan menyambut baik keprihatinan kerajaan dalam menjaga kesejahteraan sosio-ekonomi dan permasalahan mereka yang terlibat dalam industri perikanan.
Seorang nelayan di Sungai Sembilang, Kuala Selangor, Ahmad Nizam Jamaluddin, 42, berkata, peruntukan atau sumbangan yang disalurkan kepada komuniti tersebut termasuk menaiktaraf kemudahan dilihat dapat membantu mereka dalam melancarkan urusan harian.
“Pengkalan ataupun jeti ini memang akan kerap rosak kerana ia terendam dengan air dan terdedah dengan panas matahari apabila air surut. Justeru itu, mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun akan rosak dan perlu diperbaiki.
“Di sini, antara permasalahan lain adalah sungai… ia agak cetek, jika air surut kami tidak dapat pulang ke darat dan terpaksa menunggu air pasang sebelum bot boleh lalu. Justeru itu, kita minta agar dapat mengorek supaya sungai menjadi lebih dalam dan memudahkan nelayan keluar masuk,” katanya.
Nizam berkata demikian ketika ditemui selepas sesi Santai Petang TZA Bersama Para Nelayan Selangor dan Penduduk Sekitar Sungai Sembilang, Kuala Selangor.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menghadiri majlis tersebut berkata, kerajaan sebelum ini mencadangkan untuk menaikkan peruntukan subsidi serta insentif kepada RM1.8 bilion bagi industri pertanian dan perikanan pada tahun hadapan.
Tambahnya, subsidi dan insentif hasil tangkapan nelayan juga dicadang untuk dinaikkan kepada RM178.2 juta berbanding RM151.2 juta ketika ini, malah pada tahun ini sahaja, kerajaan menyediakan RM1.7 bilion untuk subsidi dan insentif bagi industri tersebut.
Dalam pada itu, menurut salah seorang penduduk Sungai Sembilang, Ruzaimi Ayob, 52, memang nampak perkembangan khususnya dari segi bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan untuk jeti nelayan di sini.
“Saya sudah 50 tahun di sini dan boleh nampak banyak perkembangan bantuan diberikan kepada komuniti nelayan di Sungai Sembilang ini.
“Malah, memang nampak nelayan di sini juga turut komited dalam menaik taraf hidup mereka dengan sokongan insentif diterima daripada kerajaan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sama.
Sementara itu, tekong mancing, Mohd. Hizrian Mokhtar, 36, berkata, nelayan-nelayan muda di sini turut mula menceburi sektor pelancongan dengan membawa pelancong melakukan aktiviti memancing dan eagle feeding (memberi makan kepada burung helang) selain melawat daya tarikan seperti Sky Mirror.
“Sebelum ini memang kita juga ada menerima sokongan daripada Jabatan Perikanan dan LKIM dalam menaik taraf pelancongan khususnya dalam sektor pemancingan ini.
“Justeru itu, kami sangat berharap untuk mana-mana pihak yang akan memerintah sebagai kerajaan selepas ini dapat terus ‘memandang’ industri perikanan ini khususnya kami para nelayan kecil,” jelasnya.
Zafrul dalam pada itu turut menyumbang sebanyak RM10,000 bagi setiap jeti, kepada tujuh buah jeti nelayan dilawati khususnya bagi pembaikan kecil hingga projek naik taraf bagi kemudahan para nelayan di Sungai Sembilang.
Haikal Raman
Mon Oct 31 2022
Sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Sungai Sembilang termasuk menaiktaraf kemudahan dilihat dapat membantu para nelayan dalam melancarkan urusan harian.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Nelayan Sg. Sembilang sambut baik keprihatinan kerajaan
Para nelayan menyambut baik terhadap keprihatinan kerajaan dalam menjaga kesejahteraan sosio-ekonomi dan permasalahan mereka yang terlibat dalam industri perikanan.