Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abd Rahman mengesahkan kejadian tembakan yang mencederakan seorang nelayan ketika menangkap ikan pada Selasa lepas berlaku di perairan Filipina berhampiran perairan antarabangsa.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang juga juragan sebuah bot pukat tunda yang dikenali sebagai Ladino Larahima, 51, dan rakannya yang sedang menangkap ikan telah didatangi empat individu yang seorang daripadanya mempunyai senjata laras panjang.
"Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai mangsa. Sejurus selepas tembakan itu, rakan mangsa bertindak memotong tali pukat tunda mereka dan mengambil alih bot itu sebelum melarikan diri ke perairan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan di tangan, bahu dan dada itu kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan berada dalam kedaan stabil.
"Maklumat awal yang kita terima mendapati mangsa dan rakannya merupakan warga Indonesia dan mempunyai pasport serta pas kerja yang sah," katanya.
Salehuddin berkata berikutan kejadian itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis.
"Kita akan menjalankan siasatan daripada semua aspek bagi mengenal pasti motif kejadian. Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2016

Menurut polis, mangsa yang mengalami kecederaan di tangan, bahu dan dada itu kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan berada dalam kedaan stabil. - Foto Astro AWANI

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Nelayan Malaysia ditembak di perairan antarabangsa - Polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Salehuddin Abd Rahman mengesahkan kejadian tembakan yang mencederakan seorang nelayan ketika menangkap ikan pada Selasa lepas berlaku di perairan Filipina b