Seorang nelayan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah kira-kira pukul 1.30 pagi pada awal pagi Sabtu semasa sedang memancing ikan di perairan Pantai Kuala Besar, dekat sini.
Azid Ibrahim berkata beliau memang biasa melihat pesawat terbang pada waktu di kawasan itu namun pesawat yang dilihatnya pada awal pagi Sabtu itu agak berbeza dengan yang disaksikannya sebelum-sebelum ini kerana terbang rendah.
"Saya memang nampak banyak pesawat lalu tetapi yang itu pelik, lain daripada lain. Saya buat biasa saja sebab saya sedang memancing. Selepas balik esoknya, saya dengar cerita ada kapal terbang hilang.
"Saya kata (pesawat) yang semalam itu barangkali tapi tak tentu juga sebab saya tak tahu. Cuma pada malam itu saya nampak cahaya terang yang rendah macam cahaya lampu, bukan cahaya terbakar," katanya.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis selepas diminta supaya berbuat demikian oleh Bukit Aman.
Menurut Azid, kawasan tempat beliau memancing itu terletak kira-kira 8 batu nautika dari daratan Kuala Besar.
Sementara itu, tiada laporan penemuan sebarang petunjuk mengenai pesawat yang hilang itu daripada nelayan di sekitar Kelantan walaupun ada nelayan laut dalam yang menangkap ikan sejak seminggu lalu di kawasan terakhir pesawat malang MH370 terputus hubungan.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Mohd. Adnan Wan Ibrahim berkata lebih 4,000 nelayan termasuk kira-kira 400 nelayan laut dalam tidak menjumpai apa-apa petanda yang boleh dikaitkan dengan pesawat itu.
Wan Adnan juga berkata pihaknya sudah meminta semua nelayan termasuk yang berada di laut untuk turut sama membantu pihak berkuasa mengesan pesawat berkenaan di kawasan perairan negara termasuk lebih 100 bot nelayan yang masih menjalankan kerja menangkap ikan.
"Kalau ada penemuan mereka akan sebarkan kerana kita ada sistem komunikasi," katanya.
Wan Adnan juga memberitahu nelayan yang berada di laut boleh berkomunikasi sesama mereka serta menghubungi pihak KLIM.
Kebanyakan nelayan laut dalam menjalankan kerja penangkapan ikan selama berminggu-minggu bahkan hampir sebulan.
Sementara itu, seorang pemilik bot nelayan laut dalam, Nazori Yusuf hairan dengan kehilangan pesawat itu dan yakin ia tidak terhempas di laut dan tidak dapat dikesan kerana ramai nelayan yang menjalan kerja penangkapan ikan di perairan Laut China Selatan.
Katanya, bot beliau juga kini sedang menangkap ikan di kawasan yang dikatakan tempat kali terakhir pesawat itu dikesan dan pihaknya turut dihubungi oleh pusat komunikasi dari Patnam di Thailand selepas pesawat berkenaan diketahui gagal dikesan.
"Sejak (Ahad) dan pagi Isnin, saya menghubungi nelayan dan mereka kata tidak jumpa apa-apa. Saya yakin pesawat itu tidak ada di situ. Saya yakin," katanya.
Jelas beliau, sekiranya pesawat itu terhempas ke laut, pukat tunda dan pukat tarik nelayan mampu mengaut dan menarik sebarang objek di dasar laut dengan kedalaman sehingga 30 meter.
Tambah beliau, kawasan dasar laut perairan negara di Laut China Selatan tidak dalam dan rata-ratanya sekitar 100 meter dalam dengan dasarnya ada yang berbukit dan ada yang datar.
Nazori yang ada pengalaman 30 tahun jadi nelayan berkata kawasan yang dikatakan tempat terakhir pesawat MH370 itu dikesan juga tidak dalam, hanya sekitar 40 meter dan dasarnya mempunyai batuan.
Astro Awani
Mon Mar 10 2014
Azid Ibrahim
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
MH370: Apa yang telah kita belajar daripada kehilangan pesawat ini?
Lebih dua minggu telah berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pelbagai teori telah dibangkitkan.
MH370: Kerajaan siasat kekecohan sidang media di Beijing
Ahli keluarga penumpang rakyat China pesawat Malaysia Airlines MH370 mahu kerajaan Malaysia berterus terang bersama mereka.
MH370: Transkrip komunikasi, tiada yang pelik seperti didakwa
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menegaskan laporan The Telegraph tidak tepat.
#MH370 bukan lagi tajuk utama di garis masa media sosial - penganalisis
Walaupun ramai masih bersimpati namun perbincangan di media sosial pada minggu kedua sudah mula kembali seperti biasa.
MH370: Kapal Norway sudah tiba, misi SAR hanya boleh bermula pada Jumaat
Sebuah kapal milik Norway telah tiba di kawasan lautan Hindi berhampiran Australia di mana dua objek terapung.
Operasi AMSA diteruskan pada Jumaat, cuaca menjejaskan pencarian objek
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Australia untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan Lautan Hindi disambung esok.
MH370: Inikah dia?
Lembaga Keselamatan Maritim Australia menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang mungkin berkait dengan MH370.
MH370: India sambung semula pencarian
Malaysia telah membuat permohonan baharu untuk membantu dalam pencarian di kawasan baharu menjangkau 5,000 batu nautika ke arah selatan dari Jakarta, Indonesia.
MH370: Teknologi pemantauan setiap masa bukan sistem mandatori untuk penerbangan
Syarikat penerbangan mahu teknologi baharu betul-betul berkesan sebelum menggunakan sistem pengesahan terkini di dalam pesawat mereka.
MH370: Kelab Liverpool, peminat beri kata-kata semangat kepada anak ketua pramugara
Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 kongsi bahawa beliau tidak pernah tinggal menyaksikan perlawanan bola melibatkan Liverpool.