Negeri Sembilan bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.
Sementara, Majlis Agama Islam Selangor, Sabah, Sarawak dan Pahang akan bersidang sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu, manakala kerajaan Terengganu, Perlis dan Perak menunggu keputusan kerajaan Persekutuan.
Di SEREMBAN, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata pihaknya mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perkara itu, dan akan mewartakan secara rasmi pengharaman vape di negeri berkenaan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri yang akan diadakan bulan depan.
"Penggunaan vape ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan dan ia perlu dicegah awal sebelum menjadi barah dalam masyarakat seperti dadah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Di SHAH ALAM, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata Jawatankuasa Fatwa negeri akan bermesyuarat Januari depan, setelah mendapat maklumat tambahan berkaitan perkara berkenaan daripada kerajaan negeri.
"Sebelum apa-apa tindakan selanjutnya dilaksanakan, rakyat Selangor perlu didedahkan tentang bahaya dan keburukan vape terhadap kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini, bagi mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu, yang diumumkan Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor.
Abdul Shukor berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram, dan keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Di KOTA KINABALU, Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu akan bersidang dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara tersebut, dan membuat keputusan.
"Biasanya (bersidang) pada Mac tetapi memandangkan ada keperluan, kita akan lihat dalam tempoh sebulan ini dan akan tetapkan tarikh (untuk bersidang)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bungsu berkata asas pengharaman vape dan rokok elektronik itu adalah kuat berdasarkan kajian dari sudut kesihatan yang menunjukkan ia memudaratkan, selain dikhuatiri terdapat individu memanipulasi penggunaannya dengan memasukkan bahan terlarang termasuk dadah.
Beliau juga bimbang penggunaan vape dan rokok elektronik memupuk tabiat kurang baik terutama dalam kalangan wanita yang tanpa segan silu menggunakannya di tempat awam kerana menganggap ia sebagai trend.
"Kita berharap dan akan cuba membuat sesuatu untuk menghalang tabiat tidak bagus dan tidak mendatangkan apa-apa (manfaat) ini," katanya.
Di KUCHING, Mufti Sarawak Datuk Kipli Yassin berkata Lembaga Fatwa Negeri Sarawak dijangka bersidang bagi memutuskan mengenai perkara itu pada Januari depan.
Di KUANTAN, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata Majlis Ugama Islam negeri itu (MUIP) dijangka mengambil pendirian sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun perkara itu perlu dibincang secara lebih teliti.
Beliau memaklumkan kepada Bernama bahawa mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Rukun Syarak Negeri Pahang akan diadakan dalam masa terdekat bagi membuat keputusan mengenai perkara tersebut.
"Kelazimannya sebarang hukum yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan akan diikuti oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri," katanya.
Di KUALA NERUS, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan menunggu keputusan Kabinet berhubung perkara tersebut sebelum membuat sebarang tindakan.
Kerajaan negeri akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun sebarang tindakan yang diambil terhadap peniaga barangan tersebut perlu dilakukan secara berhemah, katanya.
"Saya telahpun mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti bilangan sebenar penjual vape di kawasan mereka. Bagi yang tiada lesen perniagaan dan lesen premis daripada PBT, kita arahkan ia ditutup melalui notis yang diberi.
"Namun bagi mereka yang mempunyai lesen perniagaan dan lesen premis PBT, kita tidak akan menjejaskan operasi perniagaan mereka sehingga kerajaan Persekutuan mengeluarkan arahan yang seragam dan selaras berhubung penggunaan dan penjualannya," kata beliau.
Di KANGAR, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Sumber Manusia Perlis, Khairi Hassan berkata keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan dibuat selepas mendapat keputusan daripada Kementerian Kesihatan.
"Jika kajian Kementerian Kesihatan membuktikan vape memberi kesan buruk kepada kesihatan, kerajaan negeri menerusi mesyuarat exco akan mempertimbangkan untuk mengambil pendekatan mengharamkan penjualannya di negeri ini," katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pihaknya masih belum mengadakan mesyuarat bagi memutuskan mengenai perkara tersebut, namun menegaskan setiap yang memudaratkan kesihatan adalah haram.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas, memutuskan rokok elektronik dan vape adalah haram, kata Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin.
Sehubungan itu, Mohd Mohadis berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka mengenai vape itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka pada 28 Dis ini, untuk mendapat sokongan sebelum diwartakan.
Setiausaha Kerajaan Melaka Datuk Naim Abu Bakar berkata keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Exco Kerajaan Melaka yang dijadualkan esok.
Sebelum ini, Johor dan Kelantan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan peranti dan cecair vape mulai 1 Jan depan, dan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lepas, memutuskan haram menghisap vape dan kayu shisha kerana akan menyebabkan kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.
Bagi Pulau Pinang, Majlis Fatwa negeri itu pada 4 Dis lepas memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape serta shisha sebagai haram berdasarkan keputusan yang disepakati Panel Pakar Syariah (PPS).
Sementara pada November lepas, Jabatan Kesihatan negeri itu memaklumkan pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan secara pendidikan terhadap pengguna vape dan rokok elektronik yang menghisap bahan itu di kawasan yang diwartakan sebagai Zon Bebas Asap Rokok di negeri berkenaan.
Bernama
Tue Dec 22 2015
Negeri Sembilan bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam. - Gambar fail
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
SPRM menahan 50 penguat kuasa kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket yang membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara.
Ekonomi negara makin berkembang, pelabur semakin percayakan Malaysia - Gabenor BNM
Prospek jangka panjang ekonomi negara adalah cerah kerana pelaburan kembali meningkat dengan kukuh.
Empat cedera, termasuk dua parah, pokok tumbang hempap MPV, motosikal
Empat orang cedera, termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah motosikal.
JKM rayu mangsa terjejas pindah ke PPS
JKM merayu semua mangsa segera berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sekiranya kediaman mereka terjejas.
Azalina terima anugerah GIFA, peranan dalam agenda reformasi timbang tara diiktiraf
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dinobatkan sebagai penerima anugerah 'Global Islamic Finance Awards (GIFA) Special Award 2024'.
Belum terima perkembangan siasatan kebocoran gambar siasatan
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
SPRM yakin tiada unsur rasuah SPRM, Op Global
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis terhadap rumah amal GISBH.
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Tiada masalah jika Harimau Malaya 'bergerak sendiri' - AFC
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak melihat sebarang masalah sekiranya Harimau Malaya 'bergerak sendiri' pada masa depan.
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'
Negeri Sembilan setuju haram vape, beberapa negeri akan bincang
Negeri Sembilan bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik dan vape selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.
Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia membuat keputusan itu dalam sidangnya pada 17 Julai.