Meskipun tujuh militan Indonesia hanya menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke Syria baru-baru ini, adalah tidak mustahil ia dijadikan negara sasaran oleh militan itu kelak, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Pada masa ini, Malaysia berstatus negara transit tetapi jangan ingat bahawa status transit itu tak boleh berubah kepada negara sasar.
"Orang tak sangka Australia dan Sydney boleh menjadi negara sasar, orang tak ingat Kanada atau US (Amerika Syarikat) boleh jadi negara sasar. Jadi, jangan ingat sasaran mereka hanya Iraq dan Syria sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan tujuh warga Indonesia termasuk empat wanita di sekitar Selangor awal bulan ini kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan dengan menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum menuju ke Syria.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kesemua warga Indonesia itu yang berusia antara 25 dan 35 tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, 2 Dis lepas.
Seorang daripada mereka dipercayai fasilitator yang mengatur pemergian anasir militan Indonesia ke Syria dan disyaki mempunyai hubungan dengan Umar Patek, anggota kanan kumpulan Abu Sayyaf dan anasir Al-Qaeda di Asia Selatan.
Hishammuddin turut mengingatkan masyarakat terutama golongan muda supaya sentiasa peka dan prihatin terhadap ancaman golongan militan berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memuji kecekapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dapat menahan militan itu sebaik sahaja mereka tiba di negara ini.
"Saya melihat ini merupakan satu kejayaan yang telah kita (PDRM) buat. Kita tak boleh menghalang mana-mana orang daripada mana-mana negara untuk datang ke Malaysia, atau pergi ke mana-mana pun.
"Namun, setelah mengetahui bahawa militan ini mempunyai tujuan tertentu dan mereka menggunakan negara ini sebagai transit sebelum pergi ke Syria, PDRM dengan segera menangkap mereka sebaik sahaja tiba di sini," katanya.
Menurutnya penahanan itu juga adalah hasil kerjasama PDRM dengan pihak keselamatan Indonesia dalam menangani aktiviti militan.
"Saya berharap melalui kerjasama ini, ia dapat dieratkan dan diperkuatkan lagi dalam menangani masalah kemasukan pihak pengganas ke Malaysia dengan menjadikan negara ini sebagai transit ataupun tempat peralihan untuk pergi ke negara ketiga," katanya.
Bernama
Tue Dec 16 2014
HISHAMUDDIN: Pada masa ini, Malaysia berstatus negara transit tetapi jangan ingat bahawa status transit itu tak boleh berubah kepada negara sasar.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S