KUALA LUMPUR: Jumlah harian pesakit yang sembuh daripada COVID-19 di Malaysia terus mengatasi jangkitan baharu apabila 18,074 kes pulih dilaporkan hari ini berbanding 13,899 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang pulih daripada wabak tersebut kini seramai 1,968,541 orang.
Beliau berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 211 kes atau 1.5 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala baki 13,688 kes atau 98.5 peratus dalam kategori satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala ringan).
Selain itu, beliau berkata terdapat 1,071 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) merangkumi 847 kes disahkan COVID-19 manakala 224 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.
"Sebanyak 601 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 359 kes positif sementara 242 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata 12 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan lima kluster tempat kerja, tiga kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dua kluster komuniti serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan keagamaan.
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) seluruh negara pula ialah 0.90 dengan Pahang muncul sebagai negeri yang mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.01 manakala Labuan menjadi satu-satunya negeri merekodkan R-Naught sifar.
Beliau juga berkata enam kajian tempatan terhadap mutasi protein pepaku COVID-19 mengesan 475 varian yang membimbangkan (VOC) antara 13 Sept lepas hingga hari ini membabitkan 472 varian Delta dan tiga varian Beta.
Katanya ia dikenal pasti melalui kajian berterusan oleh Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS), Institut Genom Malaysia (MGI), Institut Farmakogenomik Integratif Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM) serta Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM)
Dr Noor Hisham berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) ialah 1,860 setakat hari ini dengan 1,840 kes adalah VOC manakala 20 adalah VOI.
"Secara keseluruhan sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
"Bagi VOI, terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa tiga kes varian Eta," katanya.
Beliau berkata data kematian dan data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman GitHub dan laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif individu yang pulih daripada wabak tersebut kini seramai 1,968,541 orang. - Gambar fail

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.