KUALA LUMPUR: Lagu-lagu patriotik antaranya, lagu Setia, Inilah Barisan Kita, Tanggal 31 Ogos juga Warisan dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, sehingga kini masih malar segar dan tersemat dalam sanubari walaupun sudah beberapa dekad dihasilkan.
Terdapat juga lagu patriotik berunsurkan perpaduan dan kenegaraan ciptaan baharu yang berjaya mencuri minat pendengar dengan selitan muzik hip hop seperti Negaraku, hasil kerjasama empat penyanyi popular, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne dan Faizal Tahir.
Selain itu, lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir, Standing In The Eyes of The World (Ella) dan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dendangan Khair Bahar dan Aina Abdul mempunyai lirik serta melodi yang mampu menyemarakkan semangat cintakan tanah air yang tercinta ini, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Biarpun ini dilihat sebagai satu perkembangan positif, namun kebanyakan komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas, kata Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia, Datuk Mokhzani Ismail, 62.
"Selain saya, biasanya komposer lagu patriotik adalah Datuk Johari Salleh, Tan Sri Ahmad Merican melalui lagu Tanah Pusaka, Datuk Ibrahim Bachek, Datuk Wah Idris, ini semua orang lama.
"Ada juga yang dah meninggal dunia seperti Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, Allahyarham Saiful Bahri menerusi lagu Barisan Kita. Bukan sahaja komposer, penulis lirik lagu patriotik pun tak ramai, yang ada Datuk Habsah Hassan, Siso Kopratasa, kita nak ramai lagi seperti Faizal Tahir, Affan Mazlan," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga pemimpin Orkestra RTM berkata, situasi kekurangan pelapis dalam penghasilan lagu patriotik adalah kerana tidak ramai yang berminat untuk menerokai pembikinan lagu berkenaan yang disifatkan tidak mempunyai nilai komersial.
Hakikatnya, Malaysia perlu mempunyai lebih ramai lagi komposer serta penulis lirik dalam kalangan orang muda bagi menghasilkan lagu berunsurkan perpaduan mengikut trend dan kehendak semasa sebagai usaha berterusan industri hiburan meniupkan semangat patriotisme masyarakat.
Malah, perkara ini juga pernah mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang menggalakkan lebih ramai pengkarya muzik tempatan menghasilkan lagu patriotik kerana ia bukan sahaja meraikan hari penting tersebut tetapi juga mengingatkan kepentingan hidup aman dan harmoni.
"Anggapan ia tidak mempunyai nilai komersial, harus berubah kerana kita dapat melihat lagu-lagu patriotik masa kini seperti Faizal Tahir, Aina Abdul, turut mendapat perhatian masyarakat dan digemari," kata Mokhzani yang turut menggubah beberapa lagu patriotik seperti Cemerlang Gemilang Terbilang juga lagu tema Merdeka 2020, Malaysia Prihatin nyanyian Ernie Zakri serta Menang Bersama dendangan Faizal Tahir.
Isu lagu patriotik ini turut diulas penyanyi legenda Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih popular sebagai DJ Dave yang menyarankan semua artis perlu berganding bahu serta berusaha menghasilkan lagu patriotik, sebagai antara tanggungjawab seorang rakyat negara ini.
"Bukan hanya (menghasilkan) lagu cinta sahaja, kita tidak boleh pentingkan diri, semua orang kena sumbangkan (lagu perpaduan). Sekurang-kurangnya dalam 10 lagu (yang dihasilkan), adalah sebuah lagu berunsur perpaduan, ia akan memainkan peranan penting dalam keharmonian negara kita," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah wang tunai RM10,000 yang diterimanya daripada Rotary Club of Ara Damansara (RCAD) kepada surau, gereja dan tiga kuil, baru-baru ini.
Wang RM10,000 itu adalah hadiah yang beliau menangi selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Special Award for Unity kelab itu baru-baru ini atas kepimpinannya dalam projek lagu patriotik bertajuk 'Setia Perpaduan'.
"Penglibatan penggiat seni menyemarakkan semangat perpaduan sangat penting memandangkan mereka mempunyai pengaruh serta aura tersendiri. Selain lagu, mereka juga boleh memperbanyakkan hantaran berkaitan perpaduan di media sosial masing-masing.
"Lebih-lebih lagi, artis muda yang mempunyai pengikut yang tinggi (di media sosial), ramai yang akan menerima manfaat. Setiap artis di negara ini, boleh diangkat sebagai duta perpaduan, kerana mereka mempunyai pengaruh tinggi," kata pelantun lagu Kini Ku Menangis Lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Mokhzani berkata, situasi kekurangan pelapis dalam penghasilan lagu patriotik adalah kerana tidak ramai yang berminat untuk menerokai pembikinan lagu berkenaan yang disifatkan tidak mempunyai nilai komersial. - Gambar fail/BERNAMA
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilan (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Seorang pelanggan Netflix memfailkan saman tindakan kelas terhadap gergasi penstriman itu berhubung isu teknikal semasa pertarungan Mike Tyson-Jake Paul.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
38 terbunuh diserang lelaki bersenjata di Pakistan
38 terbunuh manakala 29 yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka diserang lelaki bersenjata di Pakistan pada Khamis.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Rusia lancar peluru berpandu eksperimen ke Ukraine
Rusia melancarkan peluru berpandu balistik hipersonik jarak sederhana ke Dnipro sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika Syarikat dan UK membenarkan Ukraine menyerang wilayah Rusia menggunakan senjata Barat.
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan bahawa Moscow telah menggunakan peluru berpandu balistik baharu untuk menyerang kemudahan ketenteraan Ukraine.
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan bahawa Moscow telah menggunakan peluru berpandu balistik baharu untuk menyerang kemudahan ketenteraan Ukraine.
Serangan Israel di timur Lubnan ragut 47 nyawa
Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di timur Lubnan pada Khamis, menurut pegawai Lubnan.
Serangan ini sebahagian daripada usaha melawan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.
Serangan ini sebahagian daripada usaha melawan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap dikeluarkan ICC
Duta Palestin ke United Kingdom (UK), Husam Zomot pada Khamis menuntut agar "kuasa penuh undang-undang" dikenakan sama rata terhadap "penjenayah perang Israel".
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi satu hantaran di X, selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi satu hantaran di X, selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengumumkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant.
Liga Malaysia: Jaringan tunggal ramadhan bantu kemenangan Kuching City FC
Gol yang terhasil pada minit ke-44 itu meranapkan impian Harimau Kumbang untuk mencipta kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
[TERKINI] Pemergian Napie, Pemain Gitar Utama Kumpulan Spider
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie atau Hanafie Hamdan, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.54 pagi di Hospital Sungai Buloh akibat strok. Beliau meninggalkan seorang balu, Norasidah Said, dan tiga cahaya mata. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
15 lagu patriotik bergema sempena Hari Pahlawan 2024
Setiap ketibaan tetamu akan diiringi lagu berbeza serta signifikan dengan bidang tugas masing-masing.
Negara perlukan lebih ramai pengkarya lagu patriotik
Komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas.
Kontroversi lagu 'Hello Kuala Lumpur' di YouTube cetus kemarahan netizen Indonesia
Lagu yang dimuat naik sejak tahun 2018 itu mempunyai lirik dan melodi yang mirip dengan lagu patriotik Indonesia, 'Helo-Helo Bandung'.
Melaka pertimbang premis swasta disyaratkan perdengar lagu Negaraku setiap Isnin
Semua pejabat jabatan dan agensi kerajaan diwajib memperdengarkan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap Isnin.
Insan di sebalik lagu 'Standing In The Eyes Of The World' imbas cerita lama
Apabila sebut Standing In The Eyes Of The World, orang terus kaitkan dengan Ella tapi tak semua tahu, ada empat lagi penyanyi popular pernah menyatakan hasrat untuk menanyikan lagu itu.
Izzue Islam dedah cabaran hasilkan lagu sempena merdeka
Menurut Izzue, bukan mudah menghasilkan lagu tersebut kerana dia perlu menyusun ayat yang mudah difahami buat semua lapisan masyarakat dan umur.
Gabungan suara YB dalam 'Setia'
12 ahli politik termasuk yang bergelar Yang Berhormat bergabung rakam suara untuk Projek Merdeka Astro AWANI.
Kak Chah tidak kecil hati tidak disenarai sebagai penulis lirik 'Setia'
Habsah Hassan akui tidak tahu menahu namanya tidak dikreditkan sebagai penulis lirik, sehinggalah beberapa tahun lepas.
Kuasa muzik menyatukan rakyat - Saidah Rastam
Lagu patriotik masih memberi kesan mendalam terhadap generasi muda negara khususnya apabila dinyanyikan semula secara harmoni dan dihayati maksudnya.