Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan 10 lagi Duta Transformasi Nasional (TN50) sekaligus menjadikan keseluruhan 23 duta terlibat secara langsung dalam menjayakan agenda itu.
Selebriti tanah air yang mempunyai hampir lima juta pengikut di Instagram, Noor Neelofa Mohd Noor turut dilantik dan tersenarai antara sepuluh duta yang dilantik hari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata gelombang TN50 akan lebih besar dengan penglibatan belia yang terkemuka dalam bidang masing-masing.
"Saya yakin mereka akan membina gelombang yang lebih besar, lebih hebat dan lebih meluas dalam membawa semangat dan agenda TN50 kepada generasi muda Malaysia.
"Bukan sahaja dalam mendampingi dan mendekati lebih ramai anak muda bagi mendengar idea dan aspirasi mereka, tetapi juga untuk sama-sama memacu dan merancakkan lagi pelbagai program dan inisiatif yang dirancang di bawah payung TN50," katanya pada Majlis Pengenalan Duta-duta TN50 Siri Kedua di sini hari ini.
Jelas Neelofa, fokusnya pada ketika ini adalah untuk menarik minat rakyat untuk terlibat secara langsung dalam pembentukan TN50 menerusi pengaruh media sosial yang dimilikinya.
"Saya rasa apa yang paling penting sekali adalah untuk mereka semua terlibat secara langsung sebab sekarang ini mereka rasa mereka tidak diperlukan dan tiada fungsi dalam pembentukan TN50. Jadi saya mahu wujudkan kesedaran supaya pengikut saya termasuk mereka di luar sana faham bahawa kita semua adalah sebahagian daripada pembentukan TN50.
"Apa yang boleh saya utarakan adalah menggunakan media sosial saya sebab sekarang ada banyak cara seperti IG live, Instastory dan pelbagai lagi di mana saya akan menggunakan ia sepenuhnya sebagai platform utama.
"Pastinya, selepas ini, saya akan terlibat secara langsung dan saya sebagai medium untuk tarik mereka (rakyat Malaysia) untuk menyertainya dan mendengarkan apa yang hendak disampaikan," katanya pada sidang media tersebut.
Selain Neelofa, turut dilantik adalah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup; penggiat seni muzik Iban di Sarawak, Gabriel Fairuz Louis; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Dr. Izhar Ariff; Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha dan Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair.
Selain itu, turut dilantik adalah penerima Young Guns Art Awards Kuala Lumpur 2017, Anniketyni Madian; usahawan dalam bidang pembangunan tenaga kerja dan pendidikan profesional, Dr. Juliana Alut Lim, Pengasas sukarelawan Help Somebody, Dr Esther Michael dan sukarelawan NGO Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai.
Jelas Khairy, kesemua mereka akan memainkan peranan dan pengaruh mereka dalam bidang masing-masing dalam menarik minat lebih ramai belia untuk terlibat sama dalam pembentukan TN50.
Harits Asyraf Hasnan
Mon May 22 2017

Neelofa turut dilantik dan tersenarai antara sepuluh duta yang dilantik hari ini. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Instagram uji butang 'Dislike' pada bahagian komen
Dengan ciri ini, pengguna boleh menandakan komen yang mereka tidak suka.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Tiada tindakan diambil pihak berkuasa terhadap buku 'Becoming Hannah' - Saksi
Bekas Pegawai Kanan IKSIM memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa tiada tindakan diambil oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara terhadap buku Becoming Hannah: A Personal Journey.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.

Juruterbang rugi RM1.36 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang juruterbang terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.36 juta selepas terpedaya dengan penipuan skim pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Instagram.

Seorang lelaki bakal dihadapkan ke Mahkamah Siber, kes hina Kerabat Diraja Pahang
Seorang lelaki bakal dihadapkan di Mahkamah Siber di sini, pada 3 Jan ini berhubung kes penghinaan terhadap Kerabat Diraja Pahang.

Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.

Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.