KUALA LUMPUR: Pelaksanaan program promosi kesihatan dan saringan yang berkaitan dengan empat jenis utama penyakit tidak berjangkit (NCD) adalah penting dalam mengurangkan kematian pramatang dalam kalangan warga emas di Malaysia.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata usaha itu penting kerana NCD kekal menjadi penyumbang terbesar kepada keadaan kematian pramatang masa kini dan empat jenis NCD utama ialah penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan kronik dan diabetes.
"NCD dan komplikasinya mempunyai ancaman nyata dan ketara di Malaysia kerana ia kekal sebagai penyumbang terbesar kepada kematian pramatang dalam kalangan warga emas di Malaysia.
"Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), NCD terutamanya penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser menyebabkan negara menelan belanja sebanyak RM8.91 bilion atau menyamai 0.65 peratus Kdeluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam video semasa persidangan bertajuk 'Living Your Golden and Best Years: Health Is Wealth', di sini, hari ini.
Dr Zaliha berkata berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS, 2019), kadar prevalens NCD dalam kalangan warga emas adalah tinggi di mana 76.5 peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit berkaitan NCD.
"Ini adalah kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada lonjakan kes kematian berkaitan NCD pada masa hadapan. Oleh itu, saringan dan pemeriksaan kesihatan yang kerap adalah penting terutamanya bagi warga emas.
"Malah banyak NCD boleh dicegah jika dikesan awal, pemeriksaan kesihatan yang kerap dapat mengenal pasti masalah kesihatan yang berpotensi sebelum ia menjadi serius," katanya.
Beliau berkata KKM terbuka untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil bagi mewujudkan kesedaran tentang penyakit ini.
Justeru, katanya, adalah penting bagi warga emas untuk kerap menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan untuk pengesanan awal NCD kerana ia boleh meningkatkan hasil rawatan dan mencegah komplikasi.
Sementara itu, Presiden Pengasas Persatuan Media Era Ketiga merangkap Pengerusi Malaysian Coalition On Ageing (MCOA), Cheah Tuck Wing, berkata pemeriksaan kesihatan bukan sahaja terhad untuk kanser, tetapi juga disyorkan untuk penyakit kronik lain.
Beliau berkata mengikut NHMS 2019, satu daripada empat rakyat Malaysia tidak aktif secara fizikal dan oleh itu disyorkan bahawa orang ramai perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana seminggu.
Pada persidangan itu, Persatuan Media Era Ketiga dan Universiti Malaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalankan penyelidikan mengenai pelbagai jangkaan penuaan serta menggalakkan penuaan yang sihat.
"Kami berharap kerjasama ini akan membawa peningkatan dalam penjagaan kesihatan am dan kesejahteraan warga emas di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Dr Zaliha Mustafa, berkata usaha itu penting kerana NCD kekal menjadi penyumbang terbesar kepada keadaan kematian pramatang masa kii. - Gambar fail
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Penyakit mulut bakal diberi keutamaan, dimasukkan dalam agenda NCD global
Penyakit mulut bakal menjadi keutamaan dan dimasukkan ke dalam agenda penyakit tidak berjangkit (NCD) yang baharu.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Hampir RM10 bilion dibelanja bagi penyakit tidak berjangkit - Dr Zaliha
Sejumlah RM9.65 bilion telah dibelanjakan bagi menangani penyakit tidak berjangkit (NCD), iaitu 16.8 peratus daripada perbelanjaan kesihatan negara.
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
73 peratus kematian di Malaysia disebabkan NCD
Lukanisman berkata hampir separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidap NCD.
Tingkatkan akses rawatan asma kategori teruk - Pakar
Hakikatnya, penghidap penyakit asma tidak terkawal dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya, berisiko menemui ajal.
Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat tidak panik - Dr Noor Azmi
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.
Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional dilancar Julai untuk kesan penyakit tidak berjangkit - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan melancarkan inisiatif Saringan Kesihatan Nasional bulan Julai ini bagi mengesan kes-kes penyakit yang tidak berjangkit (NCD) dalam negara.
Laporan PeKa B40 kesan tiga NCD tertinggi dalam kumpulan B40
Tiga NCD tersebut masing-masing darah tinggi sebanyak 29.8 peratus, kolestrol tinggi 29.2 peratus serta diabetes 19.8 peratus.
Ramai tak sedar hidap NCD, KKM beri tumpuan semula - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberikan tumpuan semula kepada epidemik Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dalam kalangan kumpulan B40 sepanjang tempoh negara melalui fasa transmisi COVID-19.